Monday, 27 September 2021

PENSIONOFOBIA...

 ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah amat bersyukur PI terima. Mou Sumi, PENSIONOFOBIA, TANIKA, 3 buah buku kumpulan cerpen hadiah sasterawan terkenal Tn Haji Ahkarim. Terima kasih banyak susah payah dan kesudiannya. Terharu sungguh.
Mou Sumi agak tebal mengandungi 27 buah cerpen terbitan eSastera. Pensionofobia himpunan 19 cerpen satira politik terbitan Nuha Books dengan kata pengantar oleh sasterawan Dinsman.
TANIKA pula terbitan UUM Press merupakan buku menghimpun 13 cerpen pelbagai tajuk dengan ceritera yang tentunya amat menarik.
Gaya penulisan penuh wibawa, berterus terang mendedahkan isi hati Penulis. Bukanlah mudah hendak menulis sejumlah cerpen dalam tiga buah buku. Mengagumkan sekali kerajinan Tn Hj. Ahkarim melakarkan karya penulisan tiasa. Tahniah Tn Hj. Ahkarim…semoga Allah pelihara kesihatan walafiat sekeluarga, sejahtera tiasa, murah rezeki dalam lindungan Allah sukses dunia akhirat….amiin
Semoga akan terus menghasilkan karya memanfaatkan khalayak pembaca.
Sekiraya ingin miliki buku2 ini hubungi penulisnya @facebook.
Tn hj. Ahkarim juga menguruskan sebuah pusat kebajikan di Alor Star, Kedah. Dengan membeli buku2 sasterawan ini boleh jua turut membantu menyumbang sedikit dana kepada yang memerlukan. Insya-Allah.







11 comments:

  1. Alhamdulillah..rezeki Kak PI..selamat membaca..

    ReplyDelete
  2. apabila masuk ke blog ini...saya mula terfikir untuk aktif semula menulis buku Obses Buku yang sudah lama saya tinggalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh mrhanafi Alhamdulillah terinspirasi nak menulis ulasan buku kan...kak sekadar mengulas sikit buku kawan2 sebagai penghargaan saja

      Delete
  3. seronoknya kak... bertambah koleksi bacaan

    ReplyDelete
  4. Menulis 3 buah antologi cerpen bukan kerja mudah tu. Tentu banyak ideanya mengolah isi setiap tajuk yang dihasilkan.

    ReplyDelete
  5. Rajin membaca luas ilmu pengetahuan

    ReplyDelete
  6. tahniah kak!
    happy reading kak!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”