Monday, 20 September 2021

LOGHAT MELAYU SELANOR

 ASSALAMUALAIKUM



DIALEK MELAYU SELANGOR
Ada yang anggap dialek orang Melayu di Selangor tidak ada kerana negeri ini berhampiran bandar raya Kuala Lumpur. Orang di KL menggunakan bahasa Melayu standard sebagai perantara komuikasi. Maklum di KL penghuninya datang dari berbilang negeri. Maka Selangor dibawa arus sungai Kelang ke muaranya menyerap loghat yang sama kononnya.
Di mana daerah di Selangor penduduknya ramai berketurunan Jawa atau Banjar maka loghat katanya begitu. Namun sekiranya orang Jawa bertemu Banjar mereka berdialog dalam bahasa Melayu. Tapi bahasa Melayu gaya KL. Bahasa Melayu asli dialek tempatan telah hilang.
Sebab aku ada tugasan siapkan puisi loghat Selangor, berusahalah aku mencari infor berkenaannya via Google. Terjumpalah beberapa patah. Kumanfaatkannya sebagai diksi puisi. Sangat terbatas sekali perbendaharaan kata. Bantai sajala asal siap sudah.
Seorang sahabat penulis mengirimkan novel CERITERA KUALA KUBU ROAD karyanya bersama dua orang penulis lagi. Kisah berlatarkan bandar Kuala Kubu dan kampung pinggirannya.
Ralit membacanya hingga usai. Di dalamnya kutemui banyak perkataan Melayu dialek Hulu Selangor antaranya, berselongkoi, lehor, ruyup, peti gambar, bercora, ayal, melampan, batat, gelenyau, gugok, teranggau, dialuis, silara, memesal, kecipak, menyepot, ngernyit, bengkayang, cepak, kahwa kalat, rowan, balur, lampuh,mengerit,betah,watari, amban, celas-celus, beroga, gogok dll

8 comments:

  1. pertama kali tau ada dialek Selangor..peti gambar tu tv kot..yg lain2 tu tak dpt teka maksudnya..

    ReplyDelete
  2. Mrs.A pun baru tahu ni, orang selangor pun ada dialek jugak

    ReplyDelete
  3. saya rindu selangor, membesar di sana buat saya membesar seakan tak ada loghat hehe

    ReplyDelete
  4. dana pun baru pernah dengar... tapi gogok tu macam biasa dengar... gogok air, atau tongak air... sama ke kak? ke lain maksud...

    ReplyDelete
  5. Pertama kali dengar dialek ni..malaysia ni mmg kaya dgn pelbagai dialek kan..

    ReplyDelete
  6. Loghat Selangor ni lebih kurang macam Johor juga

    ReplyDelete
  7. macam loghat Johor ya, bukan pada cara menyebut perkataan, tapi perkataan itu sendiri yang diubah. saya tak tahu pulak, sebab duduk Selangor sempadan KL

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”