Friday, 24 September 2021

BELANGKAS...

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA


BELANGKAS

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

Pada sebelah pagi air laut akan surut ke tengah. Meninggalkan persisiran pantai yang berselut lembut sejauh pandang. Kebanyakan pantai di sebelah barat Semenanjung Malaysia begitu keadaannya. Tapi ada juga pantai yang berpasir putih di sesetengah tempat. Subhanallah Allah Maha Pencipta.

Menjelang tengah hari air laut meluncurkan ombaknya memenuhi setiap ruang lapang. Tapi tidak melimpahi muara sungai. Tika begini kalau aku teringin hendak makan telur belangkas, akanku susuri tebing sungai mencarinya. Telur belangkas di dalam perutnya. Nak ambil telurnya terpaksalah tangkap belangkas. Mudah saja menangkapnya. Tidak perlu terjun ke dalam sungai.

Fokus perhati sisi sungai. Biasanya akan kelihatan belangkas bergerak perlahan-lahan membawa anaknya atau khunsa di belakangnya. Peganglah tombak di kepalanya. Aku pernah menangkap belangkas penuh sekeranjang. Tapi nak buat apa belangkas begitu banyak. Setakat aku sorang nak makan,seekor saja sudah mencukupi. Tapi seronok pula menankapnya. Akhirnya dibuang semula ke dalam muara laut.

Belangkas biasanya akan dibakar menggunakan api sabut. Rasa telurnya memang sedap. Hendak makan telur belangkas berwarna kuning,bentuk bulat halus, terpaksa membakar belangkas hidup-hidup. Zalimnya kan. Masa kini memang tak mahunya aku makan telur belangkas. Kesian!...kalau zaman budak-budak dulu itulah kesukaanku heh..heh..   .


10 comments:

  1. Saya ni usahkan mkn belangkas,tengok rupanya pun tak pernah lg

    ReplyDelete
  2. tak pernah lg makan telur belangkas..

    ReplyDelete
  3. Dulu zaman PC kecik-kecik belangkas nelayan bagi percuma je besar-besar. Kalau jual pun seekor cuma 30 sen je. Sekarang seekor cecah belas ringgit. Ada yang jual puluh ringgit.

    ReplyDelete
  4. Dah lama juga tak makan belangkas. Dulu² biasa makan juga. Sedap. Kena pandai potong juga, tak boleh potong sebarangan, ada bahagian yang tak boleh dimakan.

    ReplyDelete
  5. anak belangkas dipanggil khunsa ya kak PI?

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan lagi belangkas atau telurnya... anak anak kata belangkas ni haiwan yg wujud sejak zaman purba...

    ReplyDelete
  7. Pengalaman menarik Kak PI. Seronok membesar berhampiran pantai. Walaupun tak boleh mandi, tapi boleh nikmati angin petang

    ReplyDelete
  8. Kat Kampung d Pantai Timur Sabah mmg banyak belangkas ni.. senang je nak jumpa.. dia mcm sloth, tak laju bergerak. Saya tak makan walaupun kebanyakan sedara mara makan. Ada yang kata lagi sedap dari ketam.. entah la, selera orang kan lain2.

    ReplyDelete
  9. waduhhhh tetiba teringin telur belangkas bakar laa pulakkkkk

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”