Tuesday, 10 August 2021

PENGGUNTING RAMBUT

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM MAAL HIJRAH 1443


 

 

 


 

 

PENGGUNTING RAMBUT

 

Rambut pun sudah panjang mengurai

abah memandang asyik mengirai

dicapai gunting

suara lanting

ayam berkokok  berderai-derai

.

Sekian lama tak gunting rambut

selalu sangat disebut-sebut

sebab PKP

tiada tapi

gunting sendiri walau serabut

.

Anak lelaki mula mengelak

melihat adik abang tergelak

wajah berubah

kerana abah

tergunting cuping adik melalak

.

Abah mencuba kreativiti

walaupun cukup berhati-hati

tidak mengira

walau tak tera

gunting yang tumpul lupa diganti


6 comments:

  1. Hahha ya ke tergunting telinga sekali...

    ReplyDelete
  2. Tergunting telinga tu ada lucunya tapi itulah kadang yang menjadi hakikat.

    ReplyDelete
  3. Beli mesin pemotong rambut
    Mudah dan selamat memotong rambut

    ReplyDelete
  4. Saya punya rambut dah cukup panjang dah ni.. Di rumah tiada siapa yang tahu menggunting rambut..

    ReplyDelete
  5. Haha. Saya pun dah rimas rambut panjang ni. Entahla bila kedai gunting boleh bukak

    ReplyDelete
  6. sy sempat gunting rambut sblm pkp 2 aritu tp skrg dah pnjg bk

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”