Monday, 16 August 2021

FRAGMEN SENJA

 

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah PI terima FRAGMEN SENJA hadiah kiriman penulis mapan dan prolifik Ibnu Din Assingkiri. Terima kasih banyak Cikgu Sanusi kesudiannya. FRAGMEN SENJA merupakan kompilasi cerpen karya penulisnya terbitan ITBM. 20 cerpen pilihan bertemakan senja mengisi 185 halaman buku comel ini. Kesemua cerpennya sangat menarik. Teruja sekali ingin mengetahui akhiranya setelah membaca tajuknya. Gabungan cerita pelbagai idea penulis biasanya berdasarkan pengalaman,pemerhatian ditambah dengan kreativiti menyusun diksi dan melukis suasana latar. PI memang suka membaca penulisan cerpen gaya begini kerana Penulis tidak meminta pembaca memikirkan pelbagai maksud tersirat yang sukar difahami. Cikgu Sanusi menulis cerpen atau cerita pendek yang menepati maksudnya. Ada permulaan dan penamat tidak sukar dijangka. Namun keindahan bahasa kesusasteraan amat sempurna. Setiap cerpen mengungkap nilai murni kehidupan tentunya. Tahniah Cikgu Sanusi!

Sekiranya ingin telusuri semua kisah dalam FRAGMEN SENJA terutama cerpen dengan tajuk yang sama hubungi penulisnya @facebook. Harganya mampu milik berbanding nilai karya sastera yang ternyata berkualiti tinggi.  



  

7 comments:

  1. Selamat membaca kak PI..salah satu terapi minda ,kan..

    ReplyDelete
  2. Mrs. A pun suka cerpen yang santai-santai aje.
    Berat-berat tak layan sangat dah huhuuhu...

    ReplyDelete
  3. wah macam best je. Kak PI pergi rumah saya

    ReplyDelete
  4. mesti ralit baca buku tu kak...

    ReplyDelete
  5. saya suka jugak baca cerpen.. selalu bacak dalam utusan dulu dulu :)

    ReplyDelete
  6. asalam puitis kata cinta madah

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”