Sunday, 4 July 2021

NOVEL MEJA 17

 ASSALAMUALAIKUM



NOVEL ANTIPLOT MEJA 17 – Edisi 5 OLEH PROF IRWAN ABU BAKAR

KANDUNGAN. Sebagai sebuah novel antiplot, novel ini mengandungi 17+1 buah cerita yang tidak bersambungan dari episosd ke episod. Malah watak juga berubah apabila berpindah episod. Perkara yang menyatukan episod-episod yang berkenaan ialah latar tempat berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut, iaitu sebuah meja bernombor 17 di sebuah restoran yang bernama Restoran eSastera.

⭕ Novel Meja 17 telah mendapat sambutan baik dari khalayak dari mula terbitnya pada tahun 2008, dengan judul Cinta Berbalas Di Meja 17. Ia telah dibincang dua kali di khalayak ramai. Pertama kali ia dibincangkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dalam Seminar Kepengarangan Muslimah Nusantara, 31 Mac-2 April 2009. Kali keduanya, versi Indonesia novel ini telah didiskusikan di Universitas Gajah Mada, Jogjakarta, Indonesia dalam m 

Mengandungi 17 bab dengan tajuk pilihan yang bersesuaian dengan kisah yang digarap.

1.    Gila  

2.    Anggur  

3.     Adat

4.     Ialah Dia

5.    Tuan Presiden

6.    Masam Manis Madu

7.    Cari Rezeki

8.    Darah Melayu

9.     Sumpahan  

10. X-umur

11. Talak Cinta

12. Dering Merdeka

13. Usia

14. Menyamak Babi

15. Akademi Fun+usia

16. Pemikiran Reversal

17. Padam

18. Temu Duga

19. Epilog


BAB 1: TAJUK GILA

ULASAN OLEH

PARIDAH ISHAK

 

Selalunya bab pertama sebagai mukadimah semestinya disusun frasa dengan sangat rapi lagi berhati-hati, mempesonakan pembaca untuk menyelak lembaran seterusnya  menelusuri kisah lakaran penulis. Ternyata Penulis novel MEJA 17 ini berjaya mengusik naluri dalaman jauh tersudut agar tidak melepas novel di tatap dengan ralit. Ingin segera membaca bab seterusnya untuk mengetahui kesudahan kisah..Unsur suspens dimanipulasi Penulis novel ini dengan cermat. Bab ini mengutarakan dua watak pasif.

            Watak Usin dalam bab 1 bertajuk GILA dilukis Penulis sesuai dengan perwatakkannya. Menjadikan diri Usin sebagai seorang yang suka bermonolog dalam fikirannya. Dan merasa keliru dengan pemerhatiannya. Penulis memaparkan karyanya secara naratif atau penceritaan tanpa dialog. Namun dialog berlaku dalam monolog Usin membentuk beberapa pertanyaan.

            Usin keliru menanggapi gelagat seorang pelanggan yang telah menduduki meja bernombor 17. Sebenarnya meja 17 adalah tempat kesukaannya yang telah diduduki kerusinya seorang pemuda di situ. Pelanggan itu berada di situ setiap pagi selama 11 pagi menurut kiraan Usin. Pelanggan restoran eSastera itu seperti Usin juga iaitu suka membaca akhbar sambil meneguk teh tarik dan makan sekeping roti canai.  Tapi setiap pagi Usin melihat pemuda itu memesan  dua cawan teh tarik dan dua piring roti canai. Cuma menghabiskan sekeping roti canai dan secawan teh tarik. Meninggalkannya di atas meja 17 tapi membayar harga semua pesanannya.

            Usin pula meniru gelagat lelaki itu.dia juga turut memesan dua keping roti canai dan dua cawan teh tarik. Pemuda itu pula yang pelik melihat tingkah laku Usin. Setelah selesai membaca akhbar milik Usin dia meninggalkan sekeping nota pada Usin. Teruja Usin hendak tahu isi maksudnya. Dia ketawa terbahak-bahak sebaik usai membacanya.

            Ketawanya yang bertemali itu menyebabkan Usin dihantar ke hospital gila. Apakah yang menyebabkannya jadi begitu? Selama sebelas hari di situ memerhati gelagat pemuda yang aneh pada anggapannya itu tidak pula Usin tertawa.Mungkin terlalu geli hati lantaran membaca, “Selamat jalan, saudara. Esok kita tidak akan berjumpa lagi. Esok saudara tidak akan ke mari lagi. Kedai ini terlalu kecil untuk menampung kehadiran dua orang gila ” 

            Maka pembaca pun dipenuhi mindanya dengan tanda tanya pelbagai. Tentu terasa tidak sabar lagi untuk mengetahui sambungan cerita selanjutnya. Mengapa Usin dibawa ke hospital gila hanya kerana ketawa? siapakah pemuda itu? Mungkinkah pemuda itu seorang pegawai dari hospital gila yang sedang menyiasat kesihatan mental Usin selama 11 hari kerana aduan daripada pemilik restoran eSastera. Segalanya mungkin. Namun Penulis tidak menyatakan tentang itu.

            Penulis menggarap bab satu dengan menerap rasa keterujaan ingin tahu meluap-luap hanya dengan menonjolkan dua persona. Iaitu Usin dan seorang pemuda. Kreativiti karya olahan yang sungguh luar biasa perisanya. Kalimat gila merujuk pada pelbagai maksud. Bukan semata mereng atau  sakit mental kronik yang mengganggu jiwa seseorang. Tajuk yang dipilih Penulis untuk bab ini selari dengan kisahnya. Pembaca juga turut hanyut dibawa arus fikiran menentukan siapakah yang gila. Idea Penulis berkarya secara gila-gila  memberi kepuasan kepada yang inginkan karya bersifat kompleks. Dan sedikit rumit, menuntut  minda bestari menghuraikan pemikiran Penulis yang amat kritis.

            Masalah psikologi melibatkan bidang psikik cuba dipapar Penulis pada pembaca novel ini dengan gayanya tersendiri



10 comments:

  1. cam best je..kak PI beli buku ni dimana

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat Prof Irwan Abu Bakar esastera pm kat fb ja...tksh AD

      Delete
  2. membaca karya kreatif buat kita berfikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya berfikir ligat mcmprof heh..heh...tksh nohas

      Delete
  3. Nampak menarik isi kandungannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sgt menarik kandungannya tksh fairus

      Delete
  4. bab-babya tu tengok tunjang babnya walau satu patah perkataan tapi berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya setuju dgn pc pemikiran kreatif perlu tajukyg kukuh sbg tunjang karya

      Delete
  5. Unik novel begini. Tahniah karya kak PI tersenarai

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh sal kak tukang ulas ja heh..heh..

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”