Friday, 30 July 2021

MELUKIS LAUT RASA

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA



MELUKIS LAUT RASA

 

..

Samudera 

terhampar saujana pandang

tiada tepian

 garis akhirnya entah dimana sempadannya layar lebar berkembang

semilir menyongsong arah mendamparkan

biduk usang

pinggiran muara tanjung

mungkinkah bayu tidak berpuput lagi

bahana karma menunaikan hukumnya

tanpa bertangguh

Gendala pelayaran… pelabuhan matlamat semakin jauh

muhasabah

selalu

kenapa

mengapa

bohol solusi

rungkai

Keperluan

biduk kecil

bermain

ombak menangkis

gelora sedikit cuma

gegala bocor

tidak meniris

karam

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

1/6/021


7 comments:

  1. lama tak jalan-jalan santai tepi pantai.

    ReplyDelete
  2. Kalau takut dilambung ombak..jgn cuba2 berani buat rumah ditepi pantai..nnt kena hakisan..☺

    ReplyDelete
  3. sy rs laut skrg 'bersih' sbb lockdown seluruh dunia

    ReplyDelete
  4. Kemewahan dunia, bunyi ombak laut, bayu pantai. Matahari terbenam..

    ReplyDelete
  5. Cantik pemandangan laut. Lagilah kalau dapat snorkeling dan scuba diving. Tersinngkap dunia lautan hingga ke dasar.

    ReplyDelete
  6. Ada kalanya sukar memahami bahasa puisi. Sungguh puitis.

    ReplyDelete
  7. rindunya nak ambil angin laut

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”