Friday, 18 June 2021

MENULIS ULASAN...

 ASSALAMUALAIKUM



MENULIS ULASAN



Sesekali menulis ulasan menyukakan hati juga. Apalagi sekiranya ulasan yang ditulis itu menerima respons. Maknanya tulisan itu ada yang baca. Tidak kiralah ulasan itu tentang sesuatu produk atau apa saja. Pengalamanku menulis ulasan di blog dan akhbar memberi pulangan juga pada penerbit produk yang diulas. Tidak dikenakan sebarang bayaran pun. Gratis heh..heh..
Aku suka mempromosi perniagaan kuih-muih kawan-kawan dengan sedikit ulasan di blog. Dan kawanku itu memberitahu dia telah menerima banyak tempahan pembelian. Alhamdulillah.
Dahulu hobiku menanam orkid dan gemar menghiasi blogku dengan orkid yang cantik disamping mempromosi jualan orkid kawan-kawan yang miliki nursery. Gembira diberitahu pemilik nursery orkid ramai pengunjungnya sehingga mendapat tempahan dari luar negara.
Pernah juga kutulis ulasan beberapa buku SPTA di Mingguan Malaysia. Dan ada yang mencariku di facebook untuk inbox pesanan. Kata netizen itu ibunya teruja sangat nak baca buku itu setelah membaca tulisanku itu. Maka si anak pun terpaksa menemuiku untuk tunaikan permintaan ibunya. Terharu sungguh hatiku mendengarnya kerana tulisan kecil yang sederhana saja berkesan juga di hati pembaca.
Jadi tulislah yang baik-baik semata agar peroleh manfaat dunia akhirat kerana menulisnya tanpa berkira-kira. Justeru tulisan kita di mana saja ada yang perhati dan baca.

8 comments:

  1. Setuju Kak PI. Tulis yang baik-baik, usah berkira.... aku menulis bukan kerna nama!

    ReplyDelete
  2. Setuju kak PI.. Kalau sesuatu produk tu mendatangkan kebaikan, kita kongsi la pada orang lain. Boleh juga bantu sumber mata pencarian orang lain

    ReplyDelete
  3. Terbaik puan.. Ada kata saya menulis buku pada masa akan y, nak minta puan ulas juga. :)

    ReplyDelete
  4. Setuju kak PI, kepentingan review 😊

    ReplyDelete
  5. Suka dengar nasihat ni..tulis yang baik baik sahaja

    ReplyDelete
  6. Berbakti dgn cara sendiri kan PI...

    ReplyDelete
  7. tu la pentingnya review kan

    ReplyDelete
  8. review juga bermaksud saling membantu..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”