Sunday, 30 May 2021

PALESTIN...

 ASSALAMUALAIKUM

PALESTIN

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

Di sinilah jejaknya

para anbia sebar dakwah risalah langit

Namun ngilu menerjah

dek khabar menujah tuan tanah

ditindas melandas sadis

Bangsa  kejam itu manusiawi gersang

di hatinya tiada belas berbekas

Zionis yang sombong berabad lama tersurat Al-Quran

hasad rampas tanah Palestin

tega berulang-ulang meruntuhkan segala 

menyimbah merah pelosoknya dengan darah anak kecil, warga muda

wanita, orang tua

Allahu Akbar pejuang nusa cekal gagah tabah memperjuangkan damai

yang dihancurkan semalaman

Allah Maha Melihat doa umat bersatu insya-Allah kezaliman kembali

kepada pelaku amiin...

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

30/5/021

6 comments:

  1. #freepalestine sama-sama kita doa dan sokong dari jauh.

    ReplyDelete
  2. Akan tiba nanti kebenaran.. Kerana takut akan kebenaran pasal itu Palestine dilakukan sebegitu rupa.

    ReplyDelete
  3. Semoga nasib mereka akan terbela

    ReplyDelete
  4. Bila akan berakhir derita rakyat Palestine ni...seingat saya dh terlalu lama mereka ditindas,dinafikan hak

    ReplyDelete
  5. Semoga kemenangan milik mereka jua nanti

    ReplyDelete
  6. Zionis dah rampas tanah orang, boleh pulak buat cerita konon mereka yang diserang. Semoga Allah pelihara bumi Palestin

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”