Saturday, 8 May 2021

HAZAMA HARUN...

 ASSALAMUALAIKUM





ADIKKU YANG MANIS MAAFKAN DAKU
.
Aku terlalu ingin bertemu
denganmu hasrat hati berkata
walau sekadar hanya bertamu
namun impian tidak ternyata
.
Kita berkenal di alam maya
manis wajahnya penulis mapan
editor lagi rajin berkarya
bukunya terbit santun harapan
.
Termangu daku renung aksara
tidak melintas di mukabuku
adikku ini diam bicara
ke mana dia tertanya daku
.
Budimu adik terkenang-kenang
riuh ciapan sang murai pagi
dukanya hati cemarlah tenang
adikku sayang tiada lagi
.
Hazama Harun nama sebenar
dan Aiza Zizan pena samaran
telahpun jauh dibawa sinar
akhir Ramadan jelang lebaran
.
Langkahmu laju mendahului
doaku sayu mengirim doa
takdir Rabbi tidak ketahui
akhirnya pasti bertemu jua

Yahti sent May 5 at 6:02 AM

Perginya takkan kembali. Tetapi buku-buku tulisan arwah Hazama Harun @Aiza Zizan akan terus dibaca dan diingati. Arwah meninggal 3hb Mei 2021. Meninggalkan dua orang anak yatim piatu. Keduanya masih belajar. Arwah juga merupakan salah seorang mantan admin Grup Mari Menulis. Tiada lagi ilmu penulisan yang boleh dikongsikan. Ya Allah, rahmati roh saudara kami HAZAMA HARUN. Kepada sahabat yang ingin membuat sumbangan@sedekah boleh bank-in ke akaun anak arwah. Muhammad Ikhwan Hakimi. No akaun BSN: 14171-41-00003957-3 (Mungkin sedekah kita dapat membantu anak2 yatim piatu yang ditinggalkn)

4 comments:

  1. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solih.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. Al Fatihah (dibaca) . Semoga tenang beliau di sana. Perginya dibulan penuh keberkatan.

    ReplyDelete
  3. Arwah meninggal disebabkan komlikasi dari penyakit TB. Beliau disahkan menghidap TB dan mendapat rawatan di klinik Kesihatan Pulai Chondong. Tapi kuman TB yang menyerang arwah ni jenis degil. Tak lut dengan ubat.

    Satu hari beliau mendapat komplikasi paru-paru ( ada air dalam paru-paru) dan terpaksa di rujuk ke Hospital Kota Bharu. Setelah beransur baik, beliau dipindahkan ke hospital Machang. Lepas tu saya tak dapat maklumat dan terputus hubungan. Tahu-tahu, 3 Mei 2021, ada rakan Fb yang update tentang kematian beliau.

    Beliau struggle sewaktu hidup. Semoga beliau tenang di sana
    Alfatihah..

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnalillahirajiun. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”