Thursday, 15 April 2021

SURAH 102: AT-TAKATHUR (BERMEGAH-MEGAH)

 ASSALAMUALAIKUM

PERKONGSIAN ILMU:
SURAH 102: AT-TAKATHUR (BERMEGAH-MEGAH)
Muka surat: 600. Mengandungi : 8 ayat.
PENGENALAN:
Allah SWT beritahu kepada kita tempoh cinta dunia tidak akan berkesudahan. Kalau manusia tidak berusaha fikir akhirat, dengan cara berbakti sebelum mati. Manusia akan hanyut dan tidak sedar. Surah ini ancaman Allah kepada orang yang lalai dan bermegah-megah.
Ayat 1: Sifat manusia suka berlumba- lumba kerana tamak dunia. Melalaikan mereka daripada mentaati Allah SWT. Lupa perjalanan hidup menuju akhirat.
Ayat 2: Jika tidak dirawat, sifat ini akan berterusan. Walaupun telah tua hingga seseorang itu masuk kubur. Sifat ini akan hilang jika manusia merawat- nya. Celaan ini merangkumi sikap bangga diri dengan ilmu, cantik dan sihat. Bangga dengan faktor luar: Bermegah-megah dengan kekuasaan, jawatan, harta, anak-anak , keturunan dan teman-teman.
Ayat 3 hingga 8: Ancaman ukhrawi. (Ancaman akhirat).
Ayat 3: Tidak sekali-kali! Kamu pasti akan mengetahui keadaan dunia tidak menguntungkan, apabila kamu mati sahaja.
Ayat 4: Kemudian, tidak sekali-kali! Pasti kamu akan mengetahui apabila bangkit dari kubur.
Ayat 5: Sebenarnya, tidak sekali-kali! Pasti kamu akan mengetahui dengan penuh yakin apabila kamu telah mati dan dihidupkan kembali.
Ayat 6: Sebab, ketika itu kamu akan tengok neraka Jahim. Setelah melihat neraka Jahim, baru kamu percaya.
Ayat 7: Kamu akan melihat neraka Jahim dengan mata kepala sendiri setelah dihidupkan kembali. Sekarang kamu tidak percaya. Ingkar ayat-ayat Allah.
Ayat 8: Setelah mati, dihidupkan kembali di alam akhirat. Nikmat dunia akan ditanya. Mengapa kamu guna nikmat, sedangkan kamu derhaka kepada Allah?
PENUTUP:
Jika kita fikir akhirat, dunia tidak akan melalaikan.


7 comments:

  1. Cinta dunia dan takut mati...😔😔😔

    ReplyDelete
  2. Dunia akhir zaman ni, ramai manusia daripada golongan ini

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak PI perkongsian.

    ReplyDelete
  4. bln puasa nak tadarus Quran la...

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan kareem kakPah ittewww., ;p

    ReplyDelete
  6. "Jika kita fikir akhirat, dunia tidak akan melalaikan", terima kasih kak PI atas peringatan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”