Monday, 22 February 2021

TEKA-TEKI

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


Teka-teki ialah puisi tradisional Melayu yang mempunyai pembayang tertentu yang bertujuan menduga akal seseorang dan terbahagi kepada dua jenis; (i) masalah untuk diselesaikan (conundrum) dan (ii) enigma atau persoalan kabur. Menurut Darwis Harahap (1992) teka-teki merupakan hasil sastera Melayu yang diselitkan dalam penglipur lara sebelum orang Melayu miliki kemahiran menulis; rujukan buku PUISI &PEMUISI 2019.

Contoh teka-teki masalah (conundrom);

1.    Satu banyak-banyak, dua sikit-sikit, tiga jarang-jarang, empat kadang-kadang, apa itu?- jawapannya orang berkahwin

 

2.    Apa binatang darahnya hitam, berjanggut lapan.- jawapannya sotong

Dan teka-teki yang dijadikan pantun disebut Pantun teka-teki contohnya;

 

Hari-hari ke rumah cik Hitam,

melihat orang memotong tebu;

apa binatang darahnya hitam,

janggut delapan tulangnya satu,

-       Jawapannya  sotong.

 

Pantun klasik ini jenis pantun teka-teki berima rawak dan tidak memenuhi disiplin pantun biasa berima a b a b pada perkataan di tengah dan hujung baris sampiran juga maksud.

 

Pantun teka-teki juga boleh dikarang sebagai karmina seperti;

 

Kenapa tentang hiris teluki;

apa binatang keris di kaki?

 

-       Jawapannya ayam jantan.

 

Pantun teka-teki boleh juga dikarang dalam bentuk talibun contoh;

 

 Lebai ke mana arah meninjau,

hendak mencantas mangga berbuah,

membuang batu sisih landasnya;

cabai berwarna merah dan hijau,

letak di atas juga di bawah,

yang mana satu lebih pedasnya.

 

Jawapannya cabai yang dimakan.

 

Lihai sahaja bersimpul kemas,

tiang beralang balam berlima,

luka di siku lolonglah sawab;

hai anak raja berjambul emas,

siang menghilang malam menjelma,

teka-tekiku tolonglah jawab.

.

Galau meletup kasar dipangku,

bendala arka tersasar malam,

langkah ke paya menjala ikan;

kalau ditutup sebesar kuku,

kala dibuka sebesar alam,

apakah dia sila jawabkan.


10 comments:

  1. yang belah atas tu biasa dengar yang bawah tu payah jugak nak mikir jawapan nya kak

    ReplyDelete
  2. TKSH DANA TEKA TEKI MENDUGA AKAL HEH..HEH..

    ReplyDelete
  3. Tak boleh jawab,surrender la kak PI

    ReplyDelete
  4. anak anak siap ada beli buku pantun teka teki...dah tau jawapan pun layan aje laaa

    ReplyDelete
  5. Anak2 cucu kita sekarang dah tak kenal teka-teki ni

    ReplyDelete
  6. Pertama tu terus ingat cerita P Ramle.

    ReplyDelete
  7. dulu masa time skolah, kalau ada ja class nak kena berpantun or berteka teki sure excited ! ehehe h

    ReplyDelete
  8. masa kecik2 x suka dgn teka teki sbb rasa mcm susah sgt hahaha

    ReplyDelete
  9. Saya cuba jawab ya.
    Siang menghilang malam menjelma : Bintang
    Kalau ditutup sebesar kuku, kalau dibuka sebesar alam : Buku

    ReplyDelete
  10. Susahnya dua teka-teki bawah tu. Tak dapat nak jawab. Teringat masa kecik main teka-teki ni dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”