Thursday, 25 February 2021

SUMPAH ORANG MINYAK

 ASSALAMUALAIKUM


PERSONIFIKASI TUDUNG PERIUK



:Tudung periuk pandai 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢,

 tarian anak Putera Mahkota;

kain yang buruk berilah kami,

 buat menyapu si air mata.

 

Sumber: Pantun Klasik Melayu

Pantun Tudung Periuk dilagukan Allahyarham Seniman Negara P. Ramlee yang melatari filem Sumpah Orang Minyak ini karya penulis lirik S.Sudarmaji. dan lagunya ciptaan dan gubahan P.Ramlee, dinyanyikan duet P. Ramlee dan Saloma.

Filem Sumpah Orang Minyak arahan P. Ramlee terbitan Shaw Brothers  Malay Film Production 1957   filem ini memenangi kartegori fotografi filem terbaik yang diadakan di festival filem Manila 1958. 

-       Rujukan P. Ramlee. Freez. Com

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)


Lagu Tudung Periuk dengan stanza pantun yang merangkum metafora yang menuntut ketelitian untuk memahami maksud prrsonifikasi “tudung periuk pandai menari” pada sampiran di baris satu.. Tudung periuk kelihatan seakan menari-nari di atas periuk nasi kala nasi yang di atas api sedang mendidih. Citra sampiran yang sinonim dalam masyarakat Melayu dahulu dan kini.

Personifikasi lazim digunakan dalam lirik lagu untuk menyampaikan pesan dari pengarang lagu kepada para pendengar lagu. Secara umum personifikasi merupakan salah satu gaya bahasa yang menggambarkan sesuatu tidak bernyawa atau benda mati yang seolah-olah hidup

2.Personifikasi juga seolah menyerapkan sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk mendapatkan kesan sastera atau seni.

3. perlambangan  atau pengumpaan kepada sesuatu mempunyai sifat manusia.

 

Personafikasi perorangan pandai menari  diberi kepada tudung periuk.

 

Sampiran baris ke dua;

“tarian anak putera mahkota,” membawa maksud cara pilihan gaya bangsawan yang menjadi tarian impian hidup orang kebanyakan.

 

:Tudung periuk pandai 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢,

 tarian anak Putera Mahkota;

kain yang buruk berilah kami,

 buat menyapu si air mata.

 

Stanza pantun dengan kadensa tidak lunak iaitu 10 sukukata pada baris pertama.

11 sukukata sampiran baris ke dua.

10 sukukata baris maksud ke tiga.

10 sukukata baris maksud ke empat.

Menyantuni rima pantun a b a b secara rawak namun sangat harmoni dilagukan dengan merdu melontarkan maksud cerita dalam filem Sumpah Orang Minyak

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 


10 comments:

  1. Dulu zaman sekolah ada belajar personafikasi, ironi, metafora etc. Thanks kak PI ingatkan balik. Rupanya tu maksud dia pandai menari. Baru hari ni faham

    ReplyDelete
  2. byk kali tgk cerita ni dulu, sukaa.. sbb byk pengajaran

    ReplyDelete
  3. cerita ni mmg �� xjemu2 tgk

    ReplyDelete
  4. Wak tak berapa gheti personafikasi sastera ni

    ReplyDelete
  5. abe kie cuma reti nyanyi lagu ni je. x reti nak menyelami sisi sastera dlm ni..huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. filem yang saya takut betul nak tengok masa kecik dulu :)

    ReplyDelete
  7. wak x penah tgk lg filem sumpah org minyak nih..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”