Tuesday, 2 February 2021

MENUKANG PANTUN

 ASSALAMUALAIKUM



MENUKANG PANTUN

Puisi pantun sudah diiktiraf UNESCO 2020 sebagai puisi tradisi rumpun Melayu nusantara. Sebutan ‘tun’ menjadi sebutan yang digunakan rumpun Melayu nusantara dalam pelbagai maksud. Menurut Liew Yook Fang (2011.556) yang dipetik daripada buku PUISI dan Pemuisi tulisan Tabir Alam terbitan SPTA 2019; pantun berasal dari kata akar ‘tun’. Puisi  pantun berasal dari daerah kepulauan Melayu dialek Minangkabau yang menyebut patuntun atau pantun dituntun. mana memang agak sukar kerana ianya sudah lama diwarisi Melayu nusantara yang menggunakannya sebagai wadah bahasa menyampaikan suatu maksud dengan lunak.

 

Menulis puisi pantun terikat dengan rima a b a b.

Contoh;

Bertukar madah kata diperi,

kalau bersua usah terleka;

sutera indah busana seri,

belacu jua pembalut luka,

 

Boleh juga ditulis rima akhirnya a a a a seperti syair asalkan sampiran dan maksudnya berbeza.

Jika penguasaan perbendaharan kata tahap terbanyak tentu terbaik membina pantun rima sempurna keseluruhannya. 

 

Terserlah warna berseri batik,

galau disidai berhabuk tebal;
apalah guna isteri cantik,

kalau tak pandai menumbuk sambal.


Rima rawak iaitu alunan bunyi perkataan yang agak senada juga boleh digunakan. Pengejaan setiap kata dalam pantun mestilah tepat dan tanda bacaannya mengikut format yang ditetapkan.

Sukukata pantun bilangannya 9. 10, 11, 12. Dan di dalam pantun klasik ada yang tidak selari jumlah sukukatanya. Sepatutnya sukukata sampiran dan maksud sama jumlahnya. Tapi bukanlah menjadi soal asalkan pantunnya indah dan mengutarakan maksud pantun tersebut seperti pantun klasik;

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

hancur badan dikandung tanah,

budi yang baik dikenang juga.

 Menukil puisi tradisi pantun dll tidak digalakkan menggunakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang disesuaikan. Dan tidak semata tertakluk dengan ejaan yang tidak sekata untuk dipilih sebagai rima tapi bunyi sebutannya.


Pelbagai tema pantun boleh dipilih mengikut tema dan jenisnya mengikut sukukata yang tersendiri.

Jikalau pantun kanak-kanak bertemakan nasihat  atau jenaka  seperti contoh;

Anak rusa nani,

baru kembang ekor;

apa dosa kami,

lalu tidak tegur.

 

Jeling-jeling paku,

paku masak lemak,

sapa jeling aku

aku cakap  emak.

 

Pantun klasik tersebut dibina 4 baris serangkap dengan 6 sukukata. Rima akhir dan tengah a b a b.

 

Pantun biasa 4 baris serangkap dengan rima tengah dan akhir a b a b sering ditentukan temanya pada slot berpantun @ radio Klasik seprtti contoh;

  

Pergi Kimanis hala ke hulu,

daerah laha mencari rempah;

tersenyum manis ikhlas selalu,

rajin usaha rezki melimpah.

 

Pelbagai tema pantun seperti, perbidalan, peribahasa, nasihat, kasih sayang dll boleh dikarang dalam genre pantun ini.


4 comments:

  1. ha... ni tengah nak tolong anak darjah 6 mengarang pantun sejarah ni... mak yang over meng'google'

    ReplyDelete
  2. Teringat serangkap pantun:
    Hendak daun diberi daun,
    Dalam daun ada bidara,
    Hendak pantun diberi pantun,
    Dalam pantun ada bicara.

    ReplyDelete
  3. Teringat masa belajar mengarang pantun kat sekolah rendah dulu

    ReplyDelete
  4. Pantun dulu-dulu simple je tapi sedap didengar sampai sekarang macam pantun pisang emas tu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”