Thursday, 14 January 2021

SYAIR 7 PUTERI

 ASSALAMUALAIKUM



SYAIR 7 PUTERI IDA ISHAK

 

Kanmain lagi tajuk artikel yang dipilih ya. Siapalah IDA ISHAK tu? Apa pula kena mengenanya dengan SYAIR 7 PUTERI? Sebenarnya IDA ISHAK itu ialah nama pena pilihanku tika menghantar sebuah sajak ke majalah DEWAN SASTERA pada Disember 1979. Alhamdulillah sajakku berjudul PERKAHWINAN disiar. Dan kuterima majalah DEWAN SASTERA yang menyelit karyaku daripada DBP. Majalah itu entah kemana hilangnya. Akhirnya kutemui majalah itu tersimpan kemas dalam lemari buku penulis mapan Noorlaila Ghafar di Jerteh, Terengganu tika aku berkunjunjung ke rumahnya. Sahabatku itu dan suaminya penyajak terkenal Nawawee Mohamad memang banyak menulis sajak dalam DEWAN SASTERA sekian lama. Dan semua majalah yang menyiarkan karya disimpan rapi.  Norlaila gemar menggunakan nama IDA kala menulis kepadaku via SMS, WASAPP dll medsos dari sejak mula berkenalan. Aku tidak pula mahu menggunakan nama penaku dalam setiap karyaku kini.

Tapi tika aku menghantar manuskrip SYAIR PUTERI kepada penerbitan SANTAI ILMU editornya meminta nama penaku pula. Lalu muncullah nama IDA ISHAK pada muka hadapan buku SYAIR 7 PUTERI. Sebab aku obsess sangat dengan puisi syair setelah mendapat ilmunya daripada sifu TABIR ALAM maka adalah sedikit keyakinan diri untuk menghantar karyaku pada pihak penerbitan. Terima kasih banyak sifu tanpa jemu mencurah ilmu tentang penulisan pelbagai genre dan akan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Budi baik sifu ternyata tidak terdaya dibalas. Hanya Allah sahaja yang layak mengurniakan rahmat ganjaran mulia kepada sifu.

Sekadar perkongsian setengah penerbit membayar tunai kepada pengkarya dan memegang hakcipta. Setengahnya membayar royalty daripada setiap buku yang terjual. Dan ada penerbit buku membayar karya penulis dengan buku juga. Jikalau dihantar karya kepada penerbit ini akan bertimbun buku yang akan kuterima. Woih mana aku nak sumbat tu! Hendak menjualnya ke mana-mana memang tak reti. Kalau terjual pun mungkin satu dua buku. 

Dengan penerbitan SANTAI ILMU kita mendapat lima buah buku percuma dan hakcipta tidak dipegang. Boleh saja memberitahu pada penerbit karya kita itu hendak ditarik daripada penerbitan itu


Sekiranya ada yang berminat miliki buku karya PI perseorangan tahun 21 boleh hubungi penerbitnya SANTAI ILMU / SYIHABUDIN PRESS atau oder melalui shoppee dan lazada, Amat sesuai untuk bacaan keluarga. Tambah musim PKP. PKPD, PKPB, PKPP ni. 

18 comments:

  1. Allhamdulillah... Semoga terus sukses kak.. Ida Ishak cantik tu kak nama penanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin tksh sheila agaknya penerbit nak nama komersial sikit heh..heh..

      Delete
  2. Ida Ishak, wah otomatik kedengaran muda kak😁..

    ReplyDelete
  3. kak PI !! all the best and always doakan kejayaan kak PI

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIIN TKSH KAK DOAKAN KEJAYAAN ATIE JUGA AMIIN

      Delete
  4. tahniah Kak PI..sedap nama pena tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH NOHAS NAMA PENA DH BERZAMAN XDIPAKAI

      Delete
  5. Assalamualiakum kak,
    Alhamdulillah, saya tumpang seronok dengan entri ni. Saya pun minat menulis ni, cuma belum ada rezeki dan jalan untuk terbitkan kat mana. Saya doakan semoga Kak Paridah Ishak terus berjaya dan dianugerahkan ilham oleh Allah, amiinn yaa rabb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAN SS TKSH...AMIIN...KALAU MINAT MENULIS KUMPULKANNYA DLM MSKRIP MENGIKUT TEMA N HNTAR KPD PIHAK PENERBITAN

      Delete
  6. Saya dah agak dah ni buku kak PI! Masa tengok iklannya di Santai Ilmu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. YAKA TKSH SYAZ KEBETULAB MSKRIPNYA ADA HANTAR SAJA CUBA2

      Delete
  7. Tahniah kak PI. Semoga terus menghasilkan karya-karya sastera bermutu

    ReplyDelete
  8. Semoga rezeki kak dah dlm bidang penulisan akn terus mencurah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIIN TKSH CIKGU AK DOA KAK UNTUK CIKGU JUGA

      Delete
  9. disember 1979? waaahhhh dah 42 thn!!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”