Monday, 11 January 2021

PONDOK TALIPON

  ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


PONDOK TALIPON

 

Aku sedang duduk di pondok perhentian bas menunggu bas yang akan kunaiki ke Kuantan setelah pulang bercuti selama dua hari bersama keluargaku di sini, Pengangkutan utama penduduk kampungku ini kalau hendak keluar ke bandar Maran menuju hingga ke Kuantan hanya dengan menaiki bas Leng Huat yang akan masuk ke sini mengikut masa yang di tentukan sahaja. Tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang. Mesti bersedia tepati masa jika berhajat hendak menaikinya ke mana-mana destinasi yang dilaluinya sepanjang jalan ke Kuantan.

Aku mulai menaiki bas ini sejak aku bersekolah di Maran dan tinggal di asrama. Dan kemudian bersekolah di Kuantan pula.

Selalunya aku akan terpacak di pondok menunggu bas pada jam 12.00 tengah hari. Sedang keseorangan di atas bangku tiba-tiba talipon berdering. Aku biarkan saja. Pondok talipon itu terdiri berdekatan dengan tempat aku duduk ini. Sekali berdering lagi. Aku  bukan pernah menggunakan talipon awam pun. Maklum orang ulu. Walau tinggal di bandar tapi tidak tahu hendak menggunakan alat telekomunikasi terkini. Tika  itulah, pertengahan 70-an.

Teruja juga nak pegang talipon ni. Aku melangkah perlahan membuka pintu pondok talipon dan mengangkat talipon hitam itu daripada gagangnya. Suara hello menerjah deria dengar. Aku pun membalas hellonya selamba

“Hendak ke mana?” siapalah yang menalipon ini. Aku tertanya-tanya

“Hendak pergi kerja kilang.” Balasku. Membohong.

Bas yag dinantikan kehadirannya telah muncul. Kuletakkan  talipon ke gagangnya. Segera berlari menaiki tangga bas. Kalau terlewat sedikit saja pemandu bas keturunan Singh itu akan menggerakkan bas itu. Naya kalau tertinggal. Tak sampailah aku ke Kuantan.

 

Di dalam bas, aku masih teringatkan panggilan talipon yang kuterima tadi. Siapalah yang menalipon ya. Baru aku perasan bahawa tempat menunggu bas dan pondok talipon, letaknya bersentangan dengan pejabat felda. Jaraknya hanya dipisahkan jalan beraspal.  

Aku mengagak ini mesti kerja staff di pejabat itu sekadar hendak mengusik menyapaku.


9 comments:

  1. Hehe. Comelnya nak mengusik. nasib baik tak tertinggal bas. Kalau tak, memang kena bebel lah orang yang dail tu

    ReplyDelete
  2. Hehehe... nostalgia pondok telepon macam tu memang boleh terima incoming call.
    Time Mrs. A duk hostel dulu ramai buat

    ReplyDelete
  3. kenangan lalu..ada gak yg telefon ke public phone..hehe..

    ReplyDelete
  4. aduhhhhh !!!!! yg mengusik tu comel jer hehehe

    ReplyDelete
  5. Nostalgia jaman 70an dulu.
    Mudah2an banjir di Maran dan Kuantan dah reda

    ReplyDelete
  6. Bestnya zaman tu kan, segalanya misteri tentang penelefon hehe

    ReplyDelete
  7. PC sempat jumpa dan guna telefon awam ni kak PI. Nostalgia sangat.

    ReplyDelete
  8. hahaha nasib baik x tertggl bas������

    ReplyDelete
  9. kenangan nyaa dengan pondok telepon ni.. generasi saya
    masih sempat guna telepon ni..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”