Friday, 18 December 2020

TAFSIR SURAH 18: AL-KAHFI.

 ASSALAMUALAIKUMM


SALAM JUMAAT MULIA

PERKONGSIAN ILMU:
PENGENALAN
TAFSIR SURAH 18: AL-KAHFI.
ASBABUN NUZUL / PERISTIWA SEBAB TURUN SURAH:
• 2 orang Musyrikin Mekah - Nadah bin Harith dan Uqbaa bin Abi Mu’eet Telah dihantar berjumpa Ulama Yahudi di Madinah – menceritakan tentang Nabi Muhammad saw. Ulama Yahudi meminta mereka bertanya kepada baginda 3 soalan;
1. Apa yang berlaku kepada pemuda-pemuda yang hilang pada suatu masa dahulu.
2. Beritahu kami tentang seseorang yang pernah ke Timur.
3. Apakah hakikat ROH?
• Ulama Yahudi itu menjelaskan sekiranya Nabi Muhammad saw boleh menjawab ketiga-tiga solan tersebut. Benarlah baginda seorang Rasul.
• Nadah bin Harith dan Uqbaa bin Abi Mu’eet kembali ke Mekah dan berjumpa Nabi Muhammad saw. Mereka bertanya kepada baginda ketiga-tiga soalan tersebut.
• Rasulullah berjanji akan memberi jawapan esok. Tetapi keesokkan harinya baginda masih tak dapat menjawab soalan tersebut kerana wahyu tidak turun. Begitu juga pada hari berikutnnya wahyu tidak turun.
• Selepas 15 hari wahyu baru turun. Ini merupakan teguran Allah swt kepada Nabi Muhammad saw. kerana tidak mengucapkan kata INSYAALLAH
• Surah al-Kahfi, surah ke 18. Terdiri daripada 110 ayat. Juzuk 15 dan 16.
• Mengandungi 4 cerita
1. Pengenalan Surah al Kahfi : ayat 1 – 8
2. Kisah Pertama – Pemuda-pemuda Gua. Ayat 9 – 26. (Jawapan kepada soalan 1).
3. Kisah Kedua – 2 orang pekebun anggur dan kurma yang sangat subur. Ayat 32 - 59
4. Kisah Ketiga – Nabi Musa belajar dengan Nabi Khidir. Ayat 60 - 82
5. Kisah keempat – Raja Zulkarnain. Ayat 83 – 98. (Jawapan kepada soalan 2).
6. Kesimpulan / Penutup surah al Kahfi : ayat 99 -110.
# JAWAPAN SOALAN KE 3: Apakah hakikat ROH? – Allah SWT jawab dalam Surah 17: AL ISRA. Ayat: 85.

Love
Love
Comment
Share

5 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”