Wednesday, 23 December 2020

INDAH BAHASA

 ASSALAMUALAIKUM



INDAH BAHASA BANGSA MULIA

Lafaz bismillah syair bermula,
mengarang kata indah segala,
tentang bahasa diperi pula,
pendek sahaja tidak berjela.
.
Bahasa kita amatlah mudah,
susun katanya teramat indah,
andai belajar diambil endah,
banyak sekali tiada sudah.
.
.Jikalau rajin mempelajari,
makna bahasa ditelusuri,
mampu mengungkap apa dicari,
ilmu ditulis karya bestari.
.
Bahasa kita bahasa ilmu,
tutur bicara tiada jemu,
ukhuwah mesra kala bertemu,
sopan dan santun sambut tetamu.
.
Andai teringin meluah rasa.
lunak sekali peribahasa,
walaupun hati tidak selesa,
kawal emosi senantiasa.
.
Unjur nasihat apa terkilan,
diukir madah berperbidalan,
perumpamaan seiring jalan,
terlerai makna akan simpulan.
.
Bahasa kita ditulis jawi,
tidak semata hal duniawi,
menyangkut juga soal ukhrowi,
demi maslahat tanah pertiwi.
.
Indah bahasa bangsa mulia,
pesan ilmuan para aulia,
amalan hati tanpa selia,
waima yang tua atau belia
.
Negara kita berbilang bangsa.
wajar menutur satu bahasa,
sudah termaktub berdasawarsa,
aman harmoni damai selesa.
.
Syair dikarang ringkas sahaja,
sebelum hari berakhir senja,
bahasa kita perkasa waja,
tidaklah kita sedih mendurja.
.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
21/9/020



8 comments:

  1. Moga kita sentiasa memartabatkan bahasa kita sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  2. semoga bahasa ibunda tak hilang di telan arus

    ReplyDelete
  3. Sedih tengok bangsa melayu singapura dah ramai hilang jatidiri melayu, yg kekal bertahan tu Alhamdulillah. Semoga bangsa melayu di tanah air tercinta kekal twrpelihara dari sudut agama dan jatidirinya.

    ReplyDelete
  4. bahasa menunjukkan bangsa...martabatkan bahasa melayu & tulisan jawi..

    ReplyDelete
  5. Semoga bahasa kita terus tinggi martabatnya

    ReplyDelete
  6. mohon setiap skolah kena belajar 3 bahasa kita ni

    ReplyDelete
  7. automatic nak baca dengan nada berpantun =)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”