Tuesday, 17 November 2020

TIGA HARI

 ASSALAMUALAIKUM



TIGA HARI

Hanyalah tiga hari sahaja
akan berada hamba di sini
sedari pagi sehingga senja
malam beransur menjelang dini

Ternyata hari milik sebenar
hayatnya hamba untuk nikmati
menarik nafas mengusir nanar
amal ibadah sesungguh hati

Semalam sudah jadi kenangan
pahit dan manis tertulis rapi
sejarah lalu sumber karangan
terbuai rindu mengulit sepi

Mengharap esok bakal menjelma
entahkan mungkin entahkan tidak
rencana susun sekian lama
takdir penentu apa kehendak

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
21/11/022

14 comments:

  1. Orang kata hidup kita hanya 3 hari sahaja. Semalam yang telah ditinggalkan. Hari ini yang perlu dihadapi. Dan esok yang belum pasti.

    ReplyDelete
  2. deep ni, kena sentiasa dlm peringatan

    ReplyDelete
  3. Moga Allah sentiasa beri kita peluang untuk terus perbaiki diri. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. semoga hari ini lebih baik daripada semalam..

    ReplyDelete
  5. Semoga tiga Hari yg diberi digunakan dgn manfaat Kan kak PI,

    ReplyDelete
  6. Indahnya bait2 pantun nasihat kak PI..semoga kita sama2 muhasabah diri.

    ReplyDelete
  7. baru dengar man raja lawak pun cakap macam ni, sesungguhnya benar!

    ReplyDelete
  8. Semalam, hari ni dan esok.
    Semalam telah ditinggalkan, berkurang sehari umur kita.
    Hari ni kita lalui dengan mengharap rahmat dan redha Allah..
    Esok..belum tentu milik kita..

    ReplyDelete
  9. Lain rencana yang disusun, tapi Dia juga yang maha penentu.

    ReplyDelete
  10. semoga kita sentiasa dilindungi tuhan, amin

    ReplyDelete
  11. semalam yang tak akan berulang, esok yang belum pasti bertemu dan hari ini tempat kita menabung amalan

    ReplyDelete
  12. Dunia itu hanya 3 hari ya K.PI
    Kelmarin, besok, hari ini

    ReplyDelete
  13. Tq kak, sangat mendalam maksudnya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”