Thursday, 5 November 2020

DI HUJUNG PULAU

 ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLLAH GEMBIRA TAK TERKATA PABILA TERIMA WASAP PENERBIT SITUKANGCETAK.COM BAHAWA NOVEL PI SUDAH PUN TERBIT...TERKEJUT SUNGGUH....SEBAB RASANYA MANUSKRIP NOVEL ITU BARU SAJA PI EMEL KEPADA PENERBITNYA SANTAI ILMU...PI FIKIR MUNGKIN AMBIL MASA JUGA NAK TERBITKANNYA...MANA NAK MOHON ISBN...MENGEDIT KARYA LAGI....TAPI NAMPAKNYA EDITOR DAN PENERBITNYA PROAKTIF SEKALI GERAK KERJANYA...DAN TERHASILLAH NOVEL COMEL DENGAN COVER YANG SANGAT MEMPESONAKAN 

TERIMA KASIH BANYAK EDITOR SANTAI ILMU ATAS KESUDIAN MENERBITKAN NOVEL PI SEADANYA ITU.

JIKA ADA YANG BERMINAT TELUSURI KISAH YANG PI OLAH ADAPTASI DARIPADA SKRIP DRAMA TV TULISAN XWARTAWAN DAN JUGA ARTIS TERKENAL FAUZIAH ABD.SAMAD BOLEH ODER DI 

https://situkangcetak.com/product/dihujungpulau/

FAUZIAH SAMAD JUGA ADALAH BLOGGER MASAKAN 

https://www.dapurkakjee.com/2020/11/lemak-pisang-muda.html



Description

https://situkangcetak.com/product/dihujungpulau/

Seorang anak yang pulang daripada luar negara mendapati keharmonian rumahtangga kedua-orang tuanya telah tergugat. Ketara kepadanya ayah dan mamanya tidak sebahagia dulu. Kasih sayang yang terjalin antara kedua-duanya kelihatan hambar dan renggang. Rizal cuba mencari sebab-sebabnya dengan merisik tanya kepada mamanya. Namun mamanya tidak menyatakan apa-apa dan menyembunyikan kenyataan sebenar.

Akhirnya Rizal menyedari kebahgiaan rumahtangga mama dan ayahnya semakin sirna lantaran sikap ayahnya yang kini gemar bergaul dengan golongan artis dan model yang berparas jelita kerana pengaruh rakan-rakan korporatnya yang berjaya dalam bisnes mereka kerana melibatkan golongan ini sebagai penyeri dan pelancar urusan bisnes mereka.

Rizal amat kecewa dengan sikap ayahnya di samping sangat bersimpati dengan mamanya yang sentiasa menjeruk hati menahan perasaan duka. Dato’ Shukri ayah kepada Rizal cuba mengajak anaknya untuk turut sama mengendalikan perniagaan perkapalan yang diterajuinya. Rizal menolak setelah melihat gaya hidup ayahnya yang bersosial dengan alasan hendak meningkatkan kemajuan bisnes yang dijalankannya. Sikap ayahnya yang begitu tidak disetujui hatinya.

Dia mengambil keputusan meninggalkan rumahnya untuk mencari ketenangan jiwa dan solusi kepada permasalahan mama dan ayahnya. Dia menuju ke pulau percutian yang dimiliki mamanya di pantai timur.


19 comments:

  1. wah! tahniah kak PI! ada nampak di FB semalam novel ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh syaz yaka penerbitnya dah promotlah tu

      Delete
  2. Tahniah Kak PI.
    Tajuk pun dah menarik perhatian :-)

    ReplyDelete
  3. tahniah kak PI tapi klo beli boleh request nak autograph kak PI tak?baru la lagi bermakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH BOLEH SAJA BAGI ALAMAT NANTI KAK KIRIM

      Delete
  4. Tahniah kak PI. Semoga terus sukses dalam dunia seni.

    ReplyDelete
  5. wah kak PI!! tahniahhh!! nak baca nak baca!! tggu buku keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH ATIE BUKU DAH TERBIT ATIE ODE JE KAT tukangcetak.com

      Delete
  6. Tahniah.Tahniah.Tahniah Kak PI.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Wahh, Tahniah kak Pi. Semoga terus berjaya dalam dunia penulisan

    ReplyDelete
  8. wah! Mcm sedap je plot novel ni. Nak beli la satu..

    ReplyDelete
  9. Tahniah PI.. saya tumpang berbangga!!

    ReplyDelete
  10. Tahniah Kak PI..semoga terus berkarya..

    ReplyDelete
  11. Wah... Kak PI tahniah! Semoga terus berkarya.

    ReplyDelete
  12. Tahniah! Teruskan usaha berkarya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”