Monday, 2 November 2020

ANGKASAWAN TAKUT LIPAS

 ASSALAMUALAIKUM



ANGKASAWAN TAKUT LIPAS

 

Abqori  berusia 7 tahun. Baru bersekolah tahun satu. Tapi hanya sempat bersekolah pada semester pertama sahaja tahun ini lantaran wabak covid-19 melanda Negara pada Mach 2020. Kebanyakan masanya berada di rumah bersama adik beradiknya kerana PKP yang bermula mulai Mach 2020. Kemudian dapat bersekolah sekejap setelah PKPP kerana lengkuk tularan Covid-19 agak landai.

Namun kegembiraan bersekolah tidak lama dapat dirasakan dia dan abang-abangnya kerana wabak yang sangat digeruni seluruh dunia itu kembali mencanak tinggi lantaran SOP yang ditetapkan KKM tidak dipatuhi sebaiknya gara PRN di Sabah. Kerajaan pun segera mengishtiharkan PKPD di Selangor, WP dan Sabah kerana di sinilah gelombang Covid-19 beralun semula.

Walau selesa di rumah dengan pelbagai kegiatan yang diatur ibunya setiap hari namun tetap terlampias keinginannya hendak ke sekolah. Abqori seorang anak yang cerdas. Cita-citanya ingin menjadi angkasawan. Di masa hadapanlah tu. Ketika ke Planeterium Negara mengikut ibunya yang kebetulan ada tugasan di sana, dia begitu tertarik dengan pakaian angkasawan yang dipamer di situ. Teruja dia hendak mencubanya. Lantas meminta ayah dan ibu membelikannya. Puas pula ayah ibunya mencari alasan yang bersesuaian untuk menolaknya.

Tapi permintaannya untuk mendapatkan pakaian angkasawan itu memang kerap diulang-ulang kepada ayah dan ibunya.

Suatu pagi terdengar jeritannya nyaring dari dalam bilik air.

“Kenapa Qori”

“Itu!” balas Abqori ketakutan sambil memeluk ayahnya.

“Dengan lipas pun takut.” Ayahnya mengikih ketawa disambut abang-abangnya.

“Kata nak jadi angkasawan. Dengan lipas pun takut.”

“Tapi kat angkasa mana ada lipas kan ayah!” balas Abqori yakin.



10 comments:

  1. Anak-anak kecil ini daya imaginasinya sangat tinggi. Bagus Abqori. Kanak-kanak genius. Moga tercapai impian untuk jadi angkasawan.

    ReplyDelete
  2. Hehehehe. Lucu. Mesti dia terkejut nampak lipas tu. Kadang bukan takut tapi geli.

    ReplyDelete
  3. Hehehe...
    Boleh Pula kata tak Ada lipas kat angkasa ye..

    ReplyDelete
  4. Cucu kak PI ke ni. Cerdik budaknya
    Tinggi juga cita2nya tu, mudah2an jadi angkasawan yg beriman ya abqori

    ReplyDelete
  5. Semoga tercapai cita2 Abqori dan semoga Covid segera pulih. Dapatlah anak-anak ke sekolah semula

    ReplyDelete
  6. betul kan, angkasa mana ada lipas ! heeh h

    ReplyDelete
  7. Betul jawapan dia tu, bijak hehehe

    ReplyDelete
  8. hahahha bijak bakal angkasawan nih tau, kat angkasa mana ada lipas... makhluk asing adalah kan...
    adik bongsu dana yang dah umur 21 tahun pun takut lipas kak, kalau jumpa lipas macam jumpa hantu...

    ReplyDelete
  9. Wah, sebaya dengan anak saudara zumal. Tapi lipas takut dia 😂

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”