Tuesday, 20 October 2020

PENYELENGGARA ANTOLOGI

 ASSALAMUALAIKUM


PENYELENGGARA ANTOLOGI

 





Aku  giat menulis di medsos @facebook mulai 2011. Kemudian berpeluang mengenali beberapa penulis prolific yang giat berkarya secara maya. Sebelum ini aku telah mendapat beberapa kawan penulis yang baik sangat setelah berpeluang mengikuti kursus penulisan cerpen 2007 anjuran DBP untuk pesara di hotel Dynasty KL.  

Antaranya Noorlaila Ghafar, Amir Hamzah, Mokhtar Rahman, Wan Kursiah, Hamidah Kamarudin, Solehin Osman, WB.Rendra, Norjan Rahim, Baharudin Darus dan beberapa nama lagi yang tidak dipanggil ingatan. Kursus itu di bawah kendalian bimbingan sifu penulisan puan Zaharah Nawawi.

Pengalaman baru berada di kalangan penulis-penulis ternama begitu mengujakan. Sedangkan aku bukan sesiapa pun. Hanya sekadar penulis yang suka menulis dan membaca sejak pengetahuan itu kuperolehi. Kesemua kawan-kawan penulis yang baru kukenali telah miliki buku karya persendirian masing-masing. Sedang aku tiada lagi. Sedih pula. Teringin juga nak milikinya walau sebuah.

Aku cuba menghantar karya berupa cerpen, artikel, puisi kepada penerbit BeTA, ustaz Ilhami Hisham Selaku penyelenggara ustaz ini membimbing secara umum bagaimana menulis sesuatu karya. Kebetulan tika itu didokong sahabatku penulis Saniah Masri join grup haiku di bawah bimbingan sifu TA. Kuat betul SM mendokong kakaknya ini dan mendudukkannya dalam kelas haiku kan heh..heh.

Sambil cuba memahami ilmu puisi haiku setakat kemampuan sifu mempelawa menyertakan sajak dalam antologi AIDILFITRI yang akan diterbitkan. Alhamdulillah hajatku untuk miliki sebuah antologi tertunai juga. Antologiku yang pertama dalam sejarah terbitan sifu TA. Aku pun berkongsi kegembiraanku dengan sahabatku NG.

Setelah itu aku terus menekuni kelas puisi dalam talian SPTA. Hasil bimbingan sifu terbitlah sejumlah antologi yang tidak sedikit tersusun dalam rak. Terima kasih banyak sifu menurunkan ilmu, menunjuk ajar sekali gus menerbitkan karya. Dan merealisasi impian penulis marhaen.

Langkah menerbitkan buku secara karya bersama berkembang kini. Kalau ada sedikit rezeki insyaa-Allah aku join juga. Kebanyakkannya penyelenggara hanya meminta karya untuk dinilai dan diterbitkan. Ada penyelenggara meminta penulis mengedit sendiri karya mereka setelah karya itu dipulangkan. Pening pula penulis memikirkan nak edit tang mana lagi heh..heh..kan Yahti. Kan kerja penyelenggara itu mengedit karya. Edit sajalah.

Ada penyelenggara yang meminta izin penulis mengedit karya penulis agar kelihatan lebih bersesuaian. Ini cara cikgu HMY @grup MMSK amat aku setujui sebab menyenangkam kerjaku heh..heh..


13 comments:

  1. berkembang betul dah network kak PI hehe

    ReplyDelete
  2. join la kak PI, kak Pi sngt berbakat.... mesti terpilih

    ReplyDelete
  3. moga terus sukses lagi kak... bestnya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Orang kata jika bakat terus digilap, kejayaan pasti menjelma.

    ReplyDelete
  5. Terus menyinar dalam arena penulisan Kak PI.

    ReplyDelete
  6. hebat catatan perjalanan penulisan PI, saya pernah ada minat dalam penulisan pernah juga di zaman sekolah menengah sekitar 1990-an hantar cerpen dan di terbitkan di akhar dan majalah. Sayang masa tu tu belum ada socmed dan tak simpan pun keretan akhbar untuk jadikan kenangan, kini lebih kepada penulisan di blog cuma ia adalah realiti dari penulisan cerpen yang lahir dari imajinasi hehe :)

    ReplyDelete
  7. Asslamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Membaca catatan akak ini bagaikan tersuntik motivasi dan inspirasi. Yalah, mana ada kejayaan tanpa terlebih dahulu menempuh kesukaran. Ibarat mahu mendapat sagu, ruyung peru dipecahkan terlebih dahulu.. semoag akak sukses dalam bidang ini...saya minat juga menulis tapi tulah, bakat kurang menjadi hehehe

    ReplyDelete
  8. hebat akak kita ni... keep on writing kak!

    ReplyDelete
  9. semoga terus berkarya bersama rakan2 sepejuangan..menyemarak dunia sastera tanahair..

    ReplyDelete
  10. Hebat-hebat. Semoga berjaya kak.

    ReplyDelete
  11. Semoga Kak Paridah terus sukses dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin...

    ReplyDelete
  12. Moga tercapai cita2 nak terbitkan buku sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”