Sunday, 11 October 2020

NORMA BAHARU

 ASSALAMUALAIKUM



NORMA BAHARU

 

Sering di ulang dalam bicara

norma baharu gaya terkini

usah dilanggar permudah cara

apa disaran mesti yakini

 

Rakyat jelata akur sahaja

anjuran baik tidak dibantah

patuh segala tidak mendurja

Virus corona semoga betah

 

Akhirnya landai peratus wabak

bersyukut hamba pada Pencipta

dapat kembali rutin ditebak

sayang sekali tidak ternyata

 

Norma baharu tidak dihadam

ada yang engkar kononnya kebal

hamba setia laksana khadam

curiga hati mengeram sebal             


6 comments:

  1. Untuk menerima norma baharu memang masih ada yang engkar, dan ada yang patuh arahan. Patuhi SOP supaya Covid-19 segera nyah dari muka bumi.

    ReplyDelete
  2. kadang2 geram betul dengan yang ingkar ni, rasa nak doakan yang tak baik2, tapi tak baik buat begitu pulak

    ReplyDelete
  3. Dah hampir setahun terpaksa mengamalkannya.
    Dah tak baru lagi dah.
    Dah macam rutin biasa.

    ReplyDelete
  4. rangkap kedua dan keempat, kita yg turut tapi ada yang ingkar

    ReplyDelete
  5. Atasan,bawahan,biasa-bia bukan biasa-biasa..semua mesti beri kerjasama patuhi arahan untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  6. bila bc berita psl SOP, norma baru dan yg seangkatan dgn nya, ada kala terdetik rs bangga bila tgk org2 kita yg boleh patuh dan ikut peraturan. tak dinafikan ada yg ingkar. namun bila tgk org luar, contoh mcm US yg terang2 tolak hal ni...sy terfikir pula tentang cara didikan dan tatasusila yg diajar sejak kecil...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”