Thursday, 8 October 2020

KONFLIK

 ASSAAMUALAIKUM



KONFLIK

 

"Takmalu ke kerja kat situ?" Tutur suaminya sinis. Dia terkedu. Memang benar kakitangan di pejabat tanah rancangan felda itu semuanya lelaki. Cuma dia  seorang perempuan sebagai jurutaip.. Kerana dia seorang perempuan bak mawar yang menyeri alam tentulah dia dilayan sebaiknya.

Hinggakan seorang staff di situ berkira-kira hendak menjodohkannya dengan seorang pegawai luar di situ yang pendiam dan berperawakan sederhana.
"Betul ke awak mahu kalau saya kirakan dengan S?" Tanya cik D. Mereka bersembang berdua berhadapan.

"Boleh saja," balasnya selamba. Tanpa ada rasa bersalah kerana telah menyimpan rahsia tentang status dirinya.
'Kesian kau D, kau tak tahu aku dah nikah.'
Memang tidak ada di antara rakan-rakan sepejabatnya yang tahu dia telah bernikah.
'Jodohku boleh jadi sudah sedemikian suratannya.' Monolognya  lemah bersandar kepada takdir hidup.

"Agaknya apa perasaan S terhadapku sekiranya dia tahu status diriku. Mungkin dia sangat marah dan malu. Marah kerana telah tertipu dengan penampilanku sebagai gadis. Tentu teramat malu kerana secara tak sengaja telah menyimpan perasaan terhadap isteri orang.' Dia termenung memikirkan kesalahannya dan akibahnya.

'Ah!Tak perlu aku nak fikir semua itu. Lagipun aku dah tak ke sini lagi..'
Betullah tu. Esok dia tidak akan ke sini lagi kerana telahpun menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada pengurus sebagaimana yang diarahkan suaminya

7 comments:

  1. kenapala di simpan rahsia status itu... biarlah semua orang tahu supaya tidak timbul fitnah

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.Namun di realiti sebenarnya ada.

    ReplyDelete
  3. Kak, alaaa..nape pendek sangat..ooo....certot eh?

    ReplyDelete
  4. Dilema juga jika begini, tapi status tu tak boleh disembunyikan ianya memberi ruang dan peluang pada orang lain.

    ReplyDelete
  5. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete
  6. Bahaya sembunyi status. Memang akan mengundang masalah.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”