Thursday, 1 October 2020

CUKAI PENDAPATAN

 ASSALAMUALAIKUM


CUKAI PENDAPATAN


PIC GOOGLE IMAGES (C)


Sekarang ini LHDNM-DBP sedang mengadakan sayembara menulis cerpen mengikut tema yang diberikan. Tapi tentulah lebih fokus berkenaan kemakmuran negara yang dijana hasil pendapatan warga negara. Teringin juga nak sertainya. Tapi masalah pula hendak menghantarnya secara manual dalam hard copy. Setakat soft copy mudah saja ditulis dan emel. Hasrat rencana akhirnya terbarai.
Tidak dapatlah hendak menulis pengalamanku mengisi borang cukai pendapatan jiran-jiranku. Kesemua jiran-jiranku peneroka FELDA saja. Tapi pendapatan hasil kebun mereka,tetap juga dikenakan cukai pendapatan. Selalunya jiran-jiranku berpuas hati dengan khidmat yang kulakukan itu kerana mereka tidak perlu membayar apa-apapun. Setelah sekian lama aku tidak lagi mengisi apa-apa borang cukai pendapatan lagi. Maklum kebanyakan anak-anak jiranku sudah dewasa dan berpendidikan tinggi.
Tapi borang cukai pendapata tetap datang kepada mereka setiap tahun. Dan anak-anak mereka pula yang mengambil tugasku mengisi borang tersebut.
Hasilnya mereka tidak lepas dari dikenakan cukai pendapatan.
“Kak Pidah hang dulu isi borang cukai, kami tak pernah kena bayar cukai pun. Kak Pidah hang tu sekolah rendah saja. Tapi hang ni keluaq uiversiti, macam mana boleh kena bayaq cukai pulak. Hang tak reti isi borang kut.” Kata Kak Som kepada anaknya Cikgu Ina, dan dia bercerita pula kepadaku. Aku tersengih saja.
Agaknya mungkin bukan sebab salah isi borang tapi kerana pendapatan dalam paysheet mereka kini telah meningkat dengan banyak dan perlu dikenakan sedikit cukai, wallahuaklam..

11 comments:

  1. soft copy lebih mesra alam.. kan..

    pandai kak PI isi borang lhdn.. saya part nk isi borang lhdn tu la paling malas, walaupun nnti dapat duit balik..

    ReplyDelete
  2. boleh hantar guna courier kak, pos laju ke...bagus kak, beri khidmat pada jiran2..

    ReplyDelete
  3. Heheheee... ramai tak suka bila dapat surat cinta LHDN jenis yang ini.

    ReplyDelete
  4. hahahaha klu dpt surat ni, berdebar2 jer nak bukak

    ReplyDelete
  5. Jalankan tugas sebagai warga yg bertanggungjawab, hihi

    ReplyDelete
  6. Kreatif idea peraduan menulis cerpen bertemakan cukai pendapatan!

    ReplyDelete
  7. Masing-masing rindu dengan bantuan daripada kak PI.

    ReplyDelete
  8. La, kenapa pula nak hard copy. Ni kan zaman digital

    ReplyDelete
  9. Lupa nak bagitau, terima kasih kak PI sebab share peluang hantar cerpen ke pertandingan tu, moga ada rezeki akak juga ;)

    ReplyDelete
  10. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q.ME
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”