Thursday, 10 September 2020

TOKWAN

 ASSALAMUALAIKUM



SEDIKIT CERITA TOKWAN
Kami anak-beranak suku-sakat dan kaum kerabat tokwan berbondond-bondong ke pelabuhan Pulau Pinang untuk menyambut kepulangan tokwan dari tanah suci Mekah. Tidak sabar hendak melihat dan bertemu tokwan. Aku nampak tokwan turun dari kapal dan menuju kepada paklang memeluknya dan datang pula memelukku. Berbangga sungguh hatiku dipeluk tokwanku yangku sayangi itu. Tokwanku ini sifatnya unik. Pendiam. Cakapnya boleh dikira. Langsung tidak pernah marah kepadaku atau sesiapa saja. Semua anak cucu menyayanginya.
Namun pasti bertanya sayangkah tokwan kepada kami anak cucunya dengan sikapnya yang selamba tidak kisah itu. Melihat cara tokwan terkini aku yakin tokwan sayangkan kami anak-cucunya. Lebih-lebih lagi aku cucunya yang sulung ini, cucunya yang pernah dibawanya menaiki basikal ke bandar Yan untuk mendapatkan kad pengenalan baru di pejabat daerah. Dulu-dulu kalau nak buat kad pengenalan di pejabat daerah saja. Maklum usiaku sudah genap 12 tahun tika itu. Kad pengenalan sudah wajib dimiliki. Bayangkan betapa penatnya tokwan mengayuh basikal sejauh 20km membawa beban berat di pelantarnya pergi dan balik. Pengalaman ini mungkin hanya aku seorang dapat rasakannya heh..heh..
Memori yang tak mungkin kulupa. Tokwan yangku sayangi itu membawa beberapa hadiah yang dibelinya di Mekah dan memberinya kepadaku. bertambah-tambah kasihku kepada tokwanku itu.
Kesihatan tokwan agak merosot setelah pulang dari menunaikan ibadat haji. dan jatuh sakit pula. Sedih melihatkan keadaan diri tokwan yang kurus kering dengan perutnya bengkak.
Sakit apakah itu? Entahlah. Aku hanya mendoakan Allah memulihkan kesihatan dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Doa anak cucu dimakbulkan Allah. Tokwan sihat semula dan merancang menziarahi keluargaku di Pahang. Bapa pulang menaiki keretanya untuk mengambl tokwan dan tok. Hajat bapa untuk membawa tokwan pulang ke Pahang tidak kesampaian. Tokwan terlebih dulu dibawa pulang ke Rahmatullah...innalillah. Al-Fatihah. Kesedihan kerana kehilangannya dirasakan hingga kini. Tidak pernah lupa mendoakan tokwanku dicucuri rahmat rohnya dan berada di kalangan para solehin di sisi-Nya. Amiin.


PIC GOOGLE IMAGES (C)



8 comments:

  1. Arwah tokki saya pun pegi haji naik kapal laut kak PI.
    Ini cerita kak PI sendiri yea?

    ReplyDelete
  2. Org utara panggil tokwan & tok...Alhamdulillah, walaupun perjalanan payah, dapat jadi tetamu Allah..

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah :)

    ReplyDelete
  4. Tokwan :( rindu pula tokwan atie.. meninggal masa atie kecil jgk... hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH ATIE RINDU TANDA INGATAN KASIH NAN TULUS

      Delete
  5. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”