Tuesday, 1 September 2020

DISEBALIK HIKMAH

 ASSALAMUALAIKUM

KARYA SAHABAT PENULIS WAHIDAH AHMAD INI DISIARKAN DALAM SLOT ADILA RADIO KLASIK..KISAH PENGALAMAN PERIH HIDUPNYA SUATU KETIKA DULU..SEMOGA DAPAT DIJADIKAN TELADAN KEPADA KITA MENEMPUHI CABARAN HIDUP.


                                                                                          Wahidah Ahmad


DI SEBALIK HIKMAH.


Aku hidup dalam serba kekurangan.Ibuku pergi menghadap ilahi ketika aku berusia 14 tahun. Tinggallah aku dengan bapaku dan kakakku. Hidup kami ketika itu bagaikan hilang pedoman..Kami bertiga sentiasa menangis apabila terkenang ibu yang telah pergi meninggalkan kami.

            Bapaku pula diserang  stroke  membuatnya tidak boleh berjalan untuk beberapa bulan. Dia juga sering meratapi kepergian ibuku sambil berkata"mengapa ibumu pergi begitu cepat sekali"?Aku sedih dan menangis mendengarnya.
Kehidupan kami ketika itu sungguh susah,kerana sumber pendapatan tiada disebabkan bapaku sakit.

            Bapaku merupakan seorang nelayan, Setelah bapaku sakit, kakakku terpaksa bekerja kampung untuk menampung pebelanjaan kami. Di samping itu sesekali  abang-abangku  menghulurkan sedikit bantuan kepada kami. Aku pula hanya sempat bersekolah sehingga tingkatan tiga sahaja. Itu pun tak habis..kerana tidak mampu membayar tambang bas sekolah.Aku tidak dibenarkan menaiki bas sekolah oleh pengusahanya.
Maka aku pun terus tidak ke sekolah. Kukatakan pada sahabatku,bahawa aku terpaksa menjaga bapaku yang diserang stroke.

            Memang bapaku perlukan penjagaan  rapi. Sebab bapaku tidak boleh berjalan,dan semua keperluannya diuruskan aku.Sedari mandi,makan pakai hingga ke tandas perlukan bantuanku. Aku menangis lagi kala bapaku pula dijemput Ilahi.
Tinggallah aku kini bersama kakakku

            Perjalanan hidupku berubah lagi setelah bapaku tiada, Aku sering diambil oleh abang-abangku bersilih ganti untuk tinggal bersama mereka. Aku   suka kalau abang Ngah  datang mengambilku kerana isterinya baik.Begitulah aku ke sana sini bagaikan bola mengharap simpati abang-abang dan kakak-kakakku.Seorang kakakku mengajakku tinggal bersamanya di Masai kerana disuruh membantunya ketika itu dalam pantang anak kedua..Masa tu umurku menjangkau 18 tahun.Disebelah rumah sewa kakakku ada beberapa orang pemuda juga menyewa disitu.
            Salah seorangnya   meminang gadis jirannya di kampungnya tetapi ditolak  ibu  gadis itu. Sekembalinya  ke Masai,dia terpandang aku,lalu berjumpa kakakku menyatakan hasratnya untuk meminangku.Tanpa memberitahuku kakakku   menerimanya. Setelah diterimanya baru dikabarkan padaku. Enam bulan kemudian majlis pernikahanku berlangsung.

            Bermulalah kehidupan baruku bergelar  isteri. Aku  dibawa suamiku ke kampungnya  di Sagil, berjumpa dengan adik-beradik dan saudara-maranya yang tidak pernah aku temui, Mereka dapat menerimaku seadanya. Suamiku meninggalkan aku di kampungnya dan pulang berkerja di Pasir Gudang.sementara mencari rumah sewa untuk kami di sana. Dia  hanya  pulang pada cuti hujung minggu.Tinggalah  aku bersama keluarga baruku itu.

            Bermula  cerita ketika sibuk bersiap nak sambut raya, bapa mentuaku menyembelih ayam. Emak mentuaku menyuruh aku membuang bulunya setelah merendam ayam itu dalam air panas.. Aku  ni memang tak makan ayam, daging kecuali ikan..Ikan pun pilih-pilih juga. Udang pun aku tak makan.
Aku tak pernah pegang ayam yang ada bulu.,Aku geli dan takut sangat.
            "Mak! saya geli sebelum ni arwah mak saya tak pernah suruh saya buat semua tu.sebab dia tahu saya geli,”kataku berterus-terang.

Terperanjat aku mendengar jawapan mertuaku

            " Kalau aku tahu tak nak aku meminang! semua tak reti!bentaknya padaku,

Bagaikan bom meledak didadaku. Aku teramat sedih dikata begitu oleh emak mentuaku
            Aku  lari ke tepi rumah dan menangis  semahunya. Wajah arwah ibu terbayang di mataku. Tanpa kusedari rupanya bapa mertuaku melihat kejadian itu.
            " Kenapa dgn kau Idah!?kenapa menangis ni?"
            " Saya sakit gigi pak!”  kataku perlahan sambil mengesat air mataku.

            “.Oh! kata bapa mentuaku, Dia  menyuruhku masuk ke dalam rumah. Lama kemudian  dia  muncul semula. Rupa-rupanya dibelikannya aku ubat sakit gigi popular cap tengkorak lalu dihulurkan bersama segelas air padaku,
            "Nah ubat sakit gigi bapak beli tadi. Makanlah  nanti baiklah tu,” bapa mentuaku bersuara lembut. Terpaksa juga kutelan pil itu sambil
dalam hati berkata, " aku bukan sakit gigi,tapi aku sakit hatilah bapak!
Hatiku   berkata, " nanti lah aku akan tunjukkan yang aku ni bukan seperti apa dikatakan emak mentuaku itu..

            Mula saat itu aku berazam, berubah memperbaiki kemampuan diri.. Ketika aku tinggal di Selayang Permai, Batu Cave aku bergaul dengan jiran tetangga dan sertai rewang tiap kali kenduri kawin..Sambil itu aku mempelajari pelbagai jenis masakan. Justeru aku rajin   bertanya  banyaklah ilmu yang aku dapat dari mereka semua disamping buku-buku resepi yang dibeli.

            Aku juga pergi belajar menjahit di sekolah jahitan di pekan Selayang.sehingga aku dapat menjahit baju anak-anakku pelbagai fesyen dan ambil upah menjahit baju. Tiap kali balik kampung di Sagil kupakaikan anak-anakku baju kujahit sendiri.
Dan aku cuba masak resepi yang dipelajari daripada kawan-kawanku di Selayang Permai.
            "Pandai idah masak… bapak suka… sedap…mak kau tak pandai masak macam ni.” Kata bapa mentuaku.Wahh! gembira tidak terkata hatiku saat itu, membuat aku bertambah bersemangat untuk masak lagi.Tiap kali raya aku akan sediakan sate babat resepi turun temurun keluargaku sebagai hidangan buat bapa mertuaku kerana dia memang gemar makanan tu.manakala ibu mertuaku masak lauk yang disukainya. Aku kalau raya cuma makan ketupat dengan sambal kacang saja.

            Setelah lama dalam keluarga suamiku baru kutahu rupa-rupanya
emak mentuaku ada pilihannya iaitu gadis belakang rumahnya untuk dijadikan menantu,tapi bapa mentuaku  tidak mahu,.patutlah apa ku buat semua tak kena di mata emak mentuaku.

            Berkat kesabaranku akhirnya mentuaku sayang padaku, Pada  jiran-jirannya emak mentuaku menceritakan bahawa aku ini pandai memasak, pandai menjahit. Apatah lagi pabila dia tahu aku berniaga menjual pelbagai makanan di pasar tani,waktu tu aku dah berpindah ke Kertih Terengganu kerana suamiku ditukarkan kesana.katanya dengan bersemangat.aku hanya tersenyum melihat gelagatnya.

            Tapi dalam bergurau kukatakana padanya " saya mana pandai masak, mak kan kata menyesal meminang saya dulu" kataku sambil ketawa.

"Ala!! Mak minta maaf ya!” ujarnya sambil menepuk-nepuk pehaku.

Kini kedua duanya telah tiada, Buat Arwah ibu mertua terima kasih kerana maklah saya tahu segalanya kini. Itulah hikmah yang tersirat dalam kata-kata mak itu Allah telah tunjukkan pada saya.
            Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh kedua ibubapaku dan roh kedua ibu dan bapa mertuaku.Al fatehah.Aamiin.

Wahidah hj Ahmad
Segamat,johor

7 comments:

  1. setiap kesabaran tu ada ganjarannya...

    ReplyDelete
  2. cerita menarik biarpun jalan cerita yang mudah..

    apa pengajarannya yakni bersabar

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah nerkat kesabaran dan isaha utk meningkatkan kemampuan diri akhirnya berjaya memenangi hati mertua

    ReplyDelete
  4. Wah..cerita yg menarik juga ni, konflik menantu dan mertua..adalah sikit macam yg saya alami..

    ReplyDelete
  5. sedihnya kisah dia ye kak, tapi iyalah dia seoarang wanita, isteri yang kuat dan tabah... tak cepat putus asa berusaha juga untuk memenangi hati kedua mertuanya...

    ReplyDelete
  6. Kisah yang baik untuk dikongsi-kongsikan :)

    ReplyDelete
  7. Selalu jadi kes macam ni kalau lepas kahwin tinggal bersama mertua kan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”