Saturday, 26 September 2020

CERITERA HAYAT

 ASSALAMUALAIKUM






CERITERA HAYAT

Syair sahaya mencoret rasa,
tajuk pilihan amat selesa,
rutin semua senantiasa,
tidaklah janggal luar biasa.

Hidup tercipta laksana alam,
bagaikan siang berganti malam,
bersinar terang gelaplah kelam,
masa berlalu melipat silam.

Kenangan manis teringat-ingat,
lazat nikmatnya tersangat-sangat,
seolah rasa bubur dan pengat,
mahu diulang menyulam jangat.

Penangan pahit ingin dipadam,
sukar sekali hendak menghadam,
tersudut kalbu jauh terendam,
agar terlupa menghapus dendam.

Lalui hidup sedaya mampu,
jujur dan ikhlas tidak menipu,
kepada Allah malu tersipu,
dosa menimbun mahu disapu.

Masih mengarang cerita hayat,
selagi belum tamat riwayat,
syair berlagu menyusun ayat,
mohon beroleh taufik hidayat.

PARIDAH ISHAK
DMS
26/9/020

3 comments:

  1. Moga Allah sentiasa mudahkan urusan kita mencari redha dan keberkatan.

    ReplyDelete
  2. TKSH PC AMIIN MOGA KITA BEROLEH RAHMAT KEBERKATAN-NYA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”