Saturday, 19 September 2020

BELAJAR MEMANDU KERETA

 

ASSALAMUALAIKUM

 

Teringat dulu-dulu rupanya PI ini boleh membawa motor ke ofis dengan ditemani suami dan berjalan ke mana sahaja. Biasanya kalau bawa motor suami mesti duduk di belakang. PI sebenarnya bukan berani dan reti nak bawa motor. Tapi suami yang menguatkan semangat PI untuk mencuba. Akhirnya pandai juga. Bolehlah PI  meronda keliling kampong  felda selamba saja tanpa lessen dan topi keledar heh..heh..

Berani sungguh mengabaikan keselematan diri kan. Setelah ekonomi hidup semakin stabil, suami membeli sebuah kereta kecil...hati menggelitik pula nak cuba memandu kereta. Suami tidak ada masa nak ajar PI  memandu  sebab sibuk dengan urus niaganya. Jadi PI  pun daftar masuk kelas memandu. Setelah itu ambil pula ujian bertulis kat JPJ. Kali pertama tak lulus sebab tak sempat nak ulangkaji. Sibuk duk belek buku letrik terputus pulak.

Suasana gelap menggelapkan pemikiran juga. Tawakal saja jawab soalan. Hasilnya terlepas dua mata untuk lulus. Terpaksa ambil ujian sekali lagi. Nasib baik lulus cukup makan. Dan bolehlah memegang stereng memandu kereta dengan instructor sekolah memandu berada disebelah. Beberapa kali juga nak terbabas masuk longkang heh..heh.. mujur instructor cepat menekan hand brake.

Selesai berapa sesi belajar memandu dan dihentikan dahulu kerana tika itu PI sedang sarat hamil anak keempat. Berani sungguh kan ketika hamil belajar memandu! Tibalah masanya bersalin pula melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Usai berpantang selama 50 hari suami mengajak ke KL ziarahi kakaknya, kereta kecil kami dilanggar lori ayam. Alhamdulillah suami dan anak-anak selamat. Dan tiada lagi cerita belajar memandu kereta bersambung kerana itu.




13 comments:

  1. haha sama, i pun ambik ujian memandu dua kali jgk.. salah satu mata ja pon hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH ATIE BIASALA TU JANJI LULUS HEH..HEH..

      Delete
  2. Sekarang menjadi kenangan yang manis untuk dikenang kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH PC SEBENARNYA KAK DH LUPA BARU SAJA MELINTAS LALU

      Delete
  3. syukur tiada apa jadi waktu bercium dengan laori ayam kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta tu hancur syaz n kak koma sebulan n 3 tahun paralised..tksh syaz

      Delete
  4. Seronoknya kalau dapat drive sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH EYMA YA KAK DPT JUGA MERASA MEMANDU KERETA HEH..HEH.

      Delete
  5. hahaha sy amik 2 kali gak. failed ats jln. nervous agk nya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”