Wednesday, 5 August 2020

DEMI CINTA

ASSALAMUALAIKUM

DEMI CINTA?


Kerana cinta daku derita
dikau curangi sucinya janji
menangis daku jiwa meronta
hanya sengsara yang dikau saji

Lain diharap lain terjadi
luka di hati berdarah parah
hidupku ini penuh tragedi
kepada Allah daku berpasrah

Akhirnya kita berpisah jua
ukiran cinta punah dan ranah
tiada jodoh hidup berdua
terlerai janji menuju jannah

Cinta sejati amat didamba
jujur setia seorang hamba


PARIDAH ISHAK
DMS

5 comments:

  1. tiada cinta yg abadi selain cinta kepadaNya

    ReplyDelete
  2. tiada cinta yg Kekal selain dariNYA

    ReplyDelete
  3. x tau nk cakap cinta ni mcm mn sbb setiap org merasakannya dan ia berbeza-beza 'bentuknya'...

    ReplyDelete
  4. Kata orang cinta itu buta.
    Cinta itu ada macam-macam kisah ada bahagia ada derita yang penting cinta pada yang Satu.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”