Monday, 20 July 2020

MUAFAKAT

ASSALAMUALAIKUM





Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin ,   20/7/ 2020
Pantun penyertaan

Bekal bekerja sekeping pizza,
hendak menyemi padi disukat
lupakan saja apa berbeza,
saling fahami tentu sepakat.

Gelabah anak bertukar panik,
air katira tumpah disisih;
bahasa lunak budaya unik,
jalinan mesra mengikat kasih.

Berduka lara duduk di tangga,
si gadis sunti anak diangkat;
Rukun Negara amalan warga,
bersatu hati membawa berkat.

Cuba mendekat cadang memikat,
gadis bergaya disapa nama;
bermuafakat tanda sepakat,
beza budaya tetap bersama.

Senantiasa menulis karya,
rajin mengolah kurang ditambah;
beza bahasa juga budaya,
bukan masalah jalin mahabbah.

8 comments:

  1. hidup berbilang bangsa & agama mmg kena bertolak ansur & bermuafakat..

    ReplyDelete
  2. Muafakat membawa berkat.. semoga kehidupan kita semua juga sentiasa diberkati Illahi.. aamiin.

    ReplyDelete
  3. Meraikan perbezaan,kukuhkan persamaan.

    ReplyDelete
  4. Zaman kecik2 dulu selalu dengar cogankata
    'muhibbah dan perpaduan kaum'

    ReplyDelete
  5. Semoga keharmonian kesepakatan dalam negara ini berterusan selamanya :)

    ReplyDelete
  6. semoga akan terus muafakat lah kita sesama rakyat malaysia

    ReplyDelete
  7. Aman damai negara kita jika semua rakyat mengamalkannya...

    ReplyDelete
  8. Zumal ingat DJ klasik tu semua yang klasik2 ja. Duk dengar juga kadang2.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”