Wednesday, 22 July 2020

MALANG PENULIS

ASSALAMUALAIKUM

PENULIS DISAMUN

QURNIAAN PECINTA JIWA/NORFAZLIANA PENULIS MUDA BERASAL DARI BANDAR BAHRU KEDAH...BELIAU BARU SAJA TINGGALKAN KAMPUNGNYA, BERHIJRAH KE SHAH ALAM DAN TINGGAL DI RUMAH SEPUPUNYA SETELAH MENDAPAT TAWARAN MENGAJAR DI SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI PETALING JAYA...BERPISAH DENGAN IBU AYAH DAN SAUDARA-MARA YANG DISAYANGI DALAM TEMPOH PKPP AMAT DIRASAINYA...SELALU TERSEDU MERINDUKAN BONDANYA YANG SELAMA INI BERADA DI SISINYA BERKONGSI SUKA DUKANYA....BELUM REDA LAGI SEDIH ITU DIUJI PULA DENGAN KEJADIAN HAMPIR TERPEROSOK KE BAWAH TRELER TIKA MEMANDU KERETA SEPUPUNYA MEMBAWA PULANG ANAK-ANAK SEPUPUNYA DARI SEKOLAH.

DUA HARI LALU DIUJI LAGI KEKUATAN JIWA RAGANYA TIKA KE SEKOLAH DISAMUN DALAM KESIBUKAN SUASANA DI JALAN RAYA BERHAMPIRAN SEKOLAH.

PENULIS MUDA BAIK BUDI BAHASA DAN JELITA INI PERNAH MEMENANGI PELBAGAI SAYEMBARA PENULISAN ANJURAN DBP, PERPUSTAKAAN NEGARA DLL....DAN SEMOGA APA SAJA ARAL YANG MERINTANG LORONG HIDUPNYA MAMPU DIRENTASI DENGAN SEMANGAT WAJA...DIDOAKAN PENULIS INI TERUS SUKSES DALAM BIDANGNYA SETERUSNYA

PS PI KONGSIKAN DI SINI TULISAN PENULIS BERKENAAN PENGALAMAN NGERINYA SAAT BERHADAPAN SITUASI SADIS ITU DALAM GRUP PENULIS..

Saya dah sampai ke sekolah. Waktu tu, waktu budak sekolah sesi pagi nak balik. Jadi, banyaklah kereta menunggu di luar pagar.


Cermin kereta dihentak dengan objek keras.

Saya tak pasti apa bendanya sebab saya nak ke sebelah kanan sebab kereta mak ayah tengah que. Mata saya hanya tengok cermin sisi sebelah kanan. Tak pandang kirilah. Lepas tu dengar bunyi kuat dan sangat dekat. Kemudian, kaca terpercik.

Masa tu tengah panik. Saya tak dapat buat apa-apa. Saya nampak penyamun tu masukkan kepala dan tunduk ambil beg saya di bahgian bawah sebelah pemandu

Dia tersangkut sebab beg saya besar tapi saya tak hanya mampu pandang.




8 comments:

  1. Allahuakbar.Moga beliau sentiasa kuat semangat dan lebih berjaga-jaga selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Allah mesti dia trauma. Semoga semuanya baik2 aja <3

    ReplyDelete
  3. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan. Aamiin...

    ReplyDelete
  4. jeliternya PENULIS MUDA BAIK BUDI BAHASA ittewww.. :p

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, one after another. Semoga dia masih bersemangat mengharungi hidup jauh dr bondanya.

    ReplyDelete
  6. Allah kesian nya kak... memang jahat betul penyamun tu, moga kene langgar lah penyamun tuh...geram lak

    ReplyDelete
  7. aduhhh x tau nak cakap mcm mana... berat mata memandang berat lg bahu memikul...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”