Friday, 31 July 2020

HARI INI DALAM SEJARAH...

ASSALAMUALAIKUM

SALAM AIDILADHA SELAMAT MENYAMBUTNYA BERSAMA KELUARGA TERCINTA

HARI INI DALAM SEJARAHKU
Aku pernah nasihatkan sahabatku Lela yang menghantar msg mengatakan beliau terjatuh terpijak kulit tembikai di surau asrama sekolahnya agar berhati-hati tika melangkah jangan biarkan diri terjatuh selalu. Sebab pada usia yang telah banyak ini tulang semakin reput dan mudah patah.

Sekali Lela tak apa-apa aku pula yang ditimpa ujian-Nya. itulah pandai-pandai sangat nak menasihat orang sihat sedang awak tu OKU saja dah terima padahnya.

Usai bersolat Subuh aku bermsg dulu dengan lela memberitahunya hendak ke dapur bersarapan sebelum memulakan rutinku mengemas rumah dan lain-lain maklum esoknya dah nak raya Haji.

Kata Lela beliau belum bersarapan dan teringat pula hari ni hari Arafah dan sunat berpuasa. Msg Lela masuk selepas aku dah tersungkur tepi lemari dapur dengan dahi pecah berdarah dan kaki kiri terus tegang dan sakit sangat.. Tak terbangun sendiri dah... macam selalu tu. Memang aku kerap jatuh tapi biasanya aku boleh berusaha bangun.

Anak yang sedang tidur lambat pula bangunnya walau dijerit berkali-kali dengan suaraku yang halus tidak mampu memberi riak apa-apa. Jadi tersadailah aku di situ sebelum pertolongan tiba menahan kesakitan teramat.

Adikku dan anaknya Soni tiba setelah diberitahu dan Soni mengcempungku ke kereta Ayie anak jiran sebelah menghantarku ke hospital Jengka. Setelah di x-ray katanya dislocate. Ambulan segera pula menghantarku ke hospital Temerloh.

X-ray lagi. Doctor di sini kata tulang kiri patah. dan tak boleh nak ditolong lagi. Kena tunggu sembuh sendiri. dan selama tiga hari aku beraya di sini bersama ramai doktor-doktor dan misi-misi yang melayaniku sangat ramah dan baik.

Setelah pulang, adik dan anak menantu membawa pula bertemu bomoh patah di Gelanggi. Kata bomoh ini sendi pinggulku terkeluar. Berderak bunyi sendi yang dimasukan ke tempat asalnya...akupun mengadoi kesakitan...

kesakitanku bersambung sehingga kini semenjak tragedy itu kulalui mengakibatkan diriku tidak mampu berjalan lagi.

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Adha Kak PI..kenangan pahit mnjelang hari raya haji..semoga akak tabah..

    ReplyDelete
  2. Allahhh
    ..kesiannya kak PI, sedihnya saya baca, tak terbayang kak PI jatuh dan tak dpt bangun lama menunggu peetolongan tiba...mudah2an kak PI cepat sembuh ye..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”