Monday, 13 July 2020

BERTEMU DAN BERPISAH

ASSALAMUALAIKUM


Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin, 13/7/ 2020
Pantun penyertaan
Padat tetamu menyusah hati,
mengganti madu minuman jua,
adat bertemu berpisah pasti,
ubati rindu dengan berdoa.
Perak suasa nilainya uwang,
sisih berhati bekal ke situ;
jarak dan masa semata ruang,
kasih sejati kekal bersatu.
Lilau menyesah pauh berona,
galah dilunjur masih tergoyang;
walau berpisah jauh di sana,
biarlah jujur berkasih sayang.
Resah kedasih tersedu-sedu,,
terasa jemu mamah bidara
berpisah kasih rindu merindu,
kala bertemu luah bicara.
Serak sebasah gunakan tangan,
suguh keranji sekar sedia;
jarak pemisah bukan halangan,
berteguh janji ikrar setia.

4 comments:

  1. bertemu & berpisah..adat manusia biasa...berpisah mati, rindunya tidak bertepi..

    ReplyDelete
  2. Ada perpisahan yang sementara
    Ada perpisahan yang kekal selamanya

    ReplyDelete
  3. Kalau hati masih sudi untuk ingat, jarak bukan kayu ukuran

    ReplyDelete
  4. perpisahan di dunia insyallah akan berjumpa semula tapi kalalu perpisahan yang abadi... cuma Allah boleh menentukan boleh jumpa lagi atau tidak

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”