Wednesday, 15 July 2020

BACK TO SCHOOL...

ASSALAMUALAIKUM


Hari ini  anak-anak yang bersekolah rendah tahun 5 dan enam kembali semula ke sekolah setelah sekian lama mematuhi PKP berkurung di rumah saja untuk memutuskan rantaian virus covid-19 yang mula dikesan akhir Disember 019. Terlalu lama di rumah tentu menjemukan anak-anak dan yang dewasa juga jika tiada sebarang aktiviti meriangkan hati. Tapi masa cepat berlalu. Tanpa sedar kita sudah lewati situasi dilingkungi keberadaan virus corona di mana saja menghampiri akhir 2020. Dan pelbagai rencana yang diracang tergendala jadinya.

Fasa pemulihan PKPP memberi sedikit kelonggaran bernafas. Sudah boleh kembali bekerja mencari rezeki di ofis dan lain-lain sector ekonomi. Sekolah yang ditutup sekian lama mulai dibuka secara berperingkat. SOP KKM mesti diikuti demi menjaga keafiatan diri. Nampaknya semua mesti terima kehadiran virus corona di kalangan kita sambil tiasa curiga dan berhati-hati agar tidak dijangkiti. Bersama kita berdoa semoga tentera halus kiriman Langit untuk memerangi kezaliman, kealpaan dan kemunafikan hamba-hamba berdosa semoga segera dipanggil pulang kepada Pencipta setelah usai tugasan dilaksana..dan kehidupan yang singkat ini dapat dilalui sesempurna mungkin. Insaf bermuhasabah diri kerana tiap sesuatu yang dimiliki akan kehilangan sekelip mata.

Mengembalikan nikmat yang hilang mungkin boleh,mungkin tidak, mungkin mengambil masa.

6 comments:

  1. walaupuun nampak macam dah bebas tapi kita masih belum menang.... banyak SOP perlu di patuhi

    ReplyDelete
  2. Semoga anak-anak dilindungi semua

    ReplyDelete
  3. Kena terus menerus patuh SOP, semoga anak2 selamat selalu hendaknya <3

    ReplyDelete
  4. semoga anak2 kecil ni dilindungi Allah drpd ancaman covid 19..

    ReplyDelete
  5. Anak-anak Mrs. A pun mula sekolah hari ini.
    Malam sebelum tu kabut betul dengan face mask dan hand sanitizer hehehe...

    ReplyDelete
  6. Banyak iktibar diperlohei sepanjang tempoh PKP. Insaf! Dan sudah tentunya menjadi kenangan yang penuh sejarah!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”