Sunday, 28 June 2020

DIALOG MAYA

ASSALAMUALAIKUM




DIALOG MAYA


"Wah...mesra kau berpelukan dengan isterimu, siap tayang satu dunia lagi...orang sayang isterilah katakan!"

"Kalau kita sayang mestilah kita tunjukan bukan!" tersengih Asrul menyetujui kekata sahabatnya.

"Kau tunjukan kasih sayangmu kepada dunia terhadap isteri barumu saja kot...sebab banyak aku nampak gambar-gambarmu mesra berdakapan dengan sidia saja. Tapi dengan K tak ada pula."


"Ada aku letakan dalam fb gambar K juga...kau yang tak perasan."

"Banyak ke foto-foto K yang kau masukan online?"

"Satu je..."
"Patutlah aku tak perasan... sebab foto yang satu itu dah ditenggelami aura foto-foto isteri mudamu yang cantik berposing denganmu."

‘Kau adaptasikan makna keadilan memadukan isteri-isterinya mengikut carakau tanpa mempedulikan perasaan K yang terluka kerana kau telah memaklumkan kepada dunia bahawa kau sangat berbahagia dengan isteri baru sedangkan K isteri pertama kau itu dianggap ada saja.’ Aima bermonolog sinis.  Mungkin itu yang difikirkan kawan kepada suami K itu.

6 comments:

  1. Hati isteri mesti terguris tgk gmbr suami bermesra dgn madu..

    ReplyDelete
  2. Lumrah orang bermadu
    (opps sorry)

    ReplyDelete
  3. salam kak Pah..,
    daun mengkudu buah kandis,
    buah datang dari daik;
    makan madu rasanya manis,
    hidup bermadu rasanya pahit... khanns

    ReplyDelete
  4. saya tak kuat utk hidup bermadu ni.. :D

    ReplyDelete
  5. Nak poligami kena adil. Kalau tak, jawab la kat Sana nanti

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”