PIC GOOGLE IMAGES (C)
KERIANG DOT
Sekali melintas kat wall FB
gambar buah keriang dot. Terkedu memandangnya. Ingatan PI mengimbau kenangan
tika kecil dahulu bersama kawan-kawan dan emak saudara yang hampir sebaya
dengan PI ke hujung kampung membeli keriang dot daripada pemiliknya juga
seorang sahabat sekampung. Pokoknya besar dan tinggi. Lebat juga buahnya. Kalau
hendak mengambilnya terpaksalah memanjat pokoknya atau mengaitnya.
Keriang
dot berbuah sekali saja dalam setahun. Kata orang kampung, inilah anggur
Malaysia. Buah yang muda berwarna hijau. Pabila tua sedikit, merah pula
warnanya. Setelah matang dan boleh dipetik warnanya kehitaman. Uniknya kejadian
Allah. Subhanallah. Rasanya manis. Sedap
juga. Ada biji kecil di tengahnya.
Pokok
keriang dot ni biasanya tumbuh di tanah yang agak tinggi sedikit di tengah
kawasan bendang. Pohonnya merendang dan dijadikan tempat berteduh petani yang
merehatkan diri setelah berpenat lelah mengerjakan bendang. Kini agak sukar
menemui buah keriang dot dijual di mana-mana. Tapi Alhamdulillah mak saudara PI
telah menanamnya di tepi rumahnya. Dapatlah merasa keenakan buah keriang dot ini kalau pulang
ke kampung kebetulan bertemu musimnya.
Kata seorang sahabat pokok keriang dot berdekatan sekolah di kampungnya telah ditebang kerana ada 'penunggu'. Mungkin dikhuatiri 'penunggu' itu akan mengganggu anak-anak sekolah yang suka memanjat pokok itu mengambil buahnya. Kalau tersilap langkah terjatuh pula tentu membahayakan keselamatan diri.... tapi sepsis pokok keriang dot kartegori langka kini semakin sukar ditemui dan hendak merasa buahnya menjadi payah. Generasi baru tentu tidak lagi mengenalinya jika pokok ini dibiar pupus.

Pertama kali dgr nama buah ni..
ReplyDeleteTKAH NOHAS MEMANG SEDAP BUAH NI
DeleteYa... Saya pun..
ReplyDeleteTKSH SWEETIE TU LA KAN RAMAI XTAU
DeletePernah jumpa di fb tapi tak pernah jumpa sendiri... warna nya sangat menggoda
ReplyDeleteTKSH DANA DAH JADI SEPSIS BUAH LANGKA SUSAH NK JUMPA
DeleteWak panggil buah jambu arang
ReplyDeleteTKSH WAK WAH TAHU JUGA YA
Deletetak pernah nampak..
ReplyDeleteTKSH CIKGU ETUZA TENGOK PIC JELAH KAN
Deletetk pernah jumpa lagi PI nampak cantik juga kan :)
ReplyDeleteTKSH ANA..YA CANTIK N SEDAP RASANYA MCM ANGGUR JUGA
DeletePernah tengok tapi baru sekarang tahu namanya.. terima kasih kak PI :)
ReplyDelete