Thursday, 12 March 2020

SURAH 56: AL WAQIAH (HARI KIAMAT). Ayat 41 - 50.

ASSALAMUALAIKUM

PERKONGSIAN ILMU. SAMBUNGAN SURAH 56: AL WAQIAH (HARI KIAMAT). Ayat 41 - 50.
"Ayat2 sebelum ini Allah SWT beritahu secara terperinci suasana penuh nikmat di syurga" Aku menyambung tafsir.
"Ayat 41 hingga 50 pula Allah SWT beritahu suasana azab dalam neraka jahanam dan sebab2 masuk neraka."
"Ayat 41: Golongan yang rugi, menerima kitab amalan dengan tangan kiri dicampakkan ke dalam neraka yang penuh azab."
"Macam mana suasana neraka?" Soalku.
"Panas...!" Beberapa suara menjawab.
"Panas sekarang pun dah tak tahan, rasa nak duduk dalam bilik air tak mahu keluar." Puan Ruzzie Hanna melahirkan rasa hati.
"Ha..ha..ha..!" Mereka tertawa.
Sejak akhir2 ini cuaca agak panas. Suhu dalam surau ni, entah berapa darjah.
"Ayat 42: Angin di neraka bertiup panas. Air menggelegak."
"Ayat 43: Seluruh neraka diselubungi asap hitam."
"Kalau kita bakar sampah, asap berkepul2 hitam kan..."
"Ya..." Mereka menjawab soalanku.
"Begitulah suasana dalam neraka, api yang menyala2 membakar mengeluarkan asap hitam. Neraka jadi gelap."
"Masyaallah.. takutnya." Puan Atikah bersuara.
"Ayat 44: Tiada tempat yang sejuk. Semua panas... panas... macam dalam oven."
"Semoga Allah SWT lindungi kita."
"Aamiin..." Mereka mengaminkan doaku dengan suara lirih.
"Ayat 45 - 50 pula Allah SWT jelaskan Sebab2 manusia masuk neraka."
"Ayat 45: Manusia lalai dengan mewah dunia. Orang2 kaya membelanjakan harta untuk maksiat. Seperti adakan pesta arak, pesta sex dan lain2 lagi."
"Ayat 46: Manusia melakukan dosa2 besar dan tidak bertaubat. Terutamanya syirik dan perbuatan yang merosakkan aqidah."
"Ayat 47: Iaitu mereka mendustakan Hari Kiamat dan alam akhirat. Mereka bertanya dengan nada sindiran kepada Nabi Muhammad saw."
"Adakah sesudah kita mati, tulang2 sudah hancur menjadi tanah, betulkah kita akan hidup balik?"
"Ayat 48: Mereka tidak percaya, setelah makhluk mati hidup semula. Mereka tanya lagi penuh sinis."
"Adakah juga datuk nenek kita yang telah lama mati dulupun akan dibangkitkan hidup semula?"
"Mereka ni siapa Cikngah?" Puan Maimunah melontar tanya.
"Orang2 Musyrikin Mekah." Jawabku.
"Surah ini turun di Mekah. Rasulullah saw berdakwah 13 tahun di Mekah. Sedikit sahaja yang menerima kebenaran. Ramai yang menentang. Sekarangpun kalau kita sampaikan kebenaran, pasti ramai yang menentang. Sedikit yang menerima."
"Ayat 49 pula: Allah SWT mengajar Nabi Muhammad saw supaya menjawab begini;"
"Orang yang terdahulu sejak daripada manusia pertama, iaitu Nabi Adam as hingga orang yang terkemudian, akan dibangkitkan dan hidup semula. Hidup yang tak mati2."
"Ayat 50: Sesungguhnya orang2 terdahulu dan orang2 kemudian akan dihimpunkan pada hari kiamat di Padang Mahsyar."
"Hari Kiamat pasti berlaku. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah akan berlaku."
Majlis ilmu berakhir dengan azan asar yang dilaungkan oleh Faizal cucu Puan Zainun. Budak lelaki berusia 12 tahun itu, rajin datang ke surau ikut neneknya.
Cikgu Fauzi suami Puan Ruzie Hanna datang mengimamkan solat. Rumah mereka hanya sepelaung dari surau.

5 comments:

  1. Membayangkannya sahaja pun sudah menakutkan tentang neraka ini kak PI..Allahuakbar.

    ReplyDelete
  2. Masih sempat untuk melabor saham akhirat

    ReplyDelete
  3. TKSH PC AMAT NGERI MEMBAYANGKANNYA PUN

    ReplyDelete
  4. TKSH WP YA SAHAM AKHIRAT LABUR SELALU SELAGI ADA HAYAT

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar.. terasa kerdil diri ini. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 diri ini da kita semua.. aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”