Tuesday, 17 March 2020

LOCK DOWN

ASSALAMUALAIKUM

WABAK COVID-19 MENULAR BEGITU PANTAS KE SELURUH DUNIA...BEBERAPA NEGARA TELAH MEMUTUSKAN LOCKDOWN DEMI KESELAMATAN RAKYATNYA...ANTARANYA..


PIC RADIO KLASIK (C)

Just got this
ITALY: lockdown
CHINA: lockdown
DENMARK: lockdown
NORWAY: lockdown
IRELAND: close all schools, cancel mass gatherings
USA: Declared National Emergency, close all schools, ban all european flights
FRANCE: close schools and universities.
VIETNAM: close all schools and plan to lockdown Hanoi.
PHILIPPINES: Plan to lockdown.
MALAYSIA : jalan-jalan cuti sekolah, makan-makan kenduri kawin, ceramah-ceramah politik merata kampung...
What a beautiful country....loved it

MOGA KITA DILINDUNGI ALLAH DARIPADA WABAK PENYAKIT MERBAHAYA INI DAN SEGERA DIANGKAT PENCIPTA BERKAT RAHMAN RAHIM-NYA KEPADA HAMBA YANG BERDOSA DAN ZALIM MEROSAKAN DIRI MEMBINASAKAN SEGALA ANUGERAH-NYA.

Talibun COVID-19

Sedia pulut punggah ke tambak,
siap segera lambak setempat,
di mana bangsal guni ditala;
dunia kalut mencegah wabak,
tiap negara bertindak cepat,
rencana asal kini gendala.

Jirus angsana rawa pulasan,
merenjas tangan bentan separa,
berpada belah pohon kedondong;
virus corona membawa kesan,
jejas hubungan ikatan mesra,
kepada Allah mohon berlindung.


Lembut sebasah terkena jirus,
rabak gerabak reba dipunggah,
kesal disaran kawan di desa;
tersebut kisah corona virus,
wabak merebak cuba dicegah,
asal tularan haiwan berbisa.

Lara teruna disigung hambat,
menghala pintu terus perasan,
bangkit berjingkit mamai terlena;
negara China tanggung akibat,
mula di situ virus dikesan,
sakit berjangkit ramai terkena.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
17/03/2020

7 comments:

  1. waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit covid-19 ni. aamiin

    ReplyDelete
  2. TKSH UMI NAZRAH AMIIN MOGA ALLAH LINDUNGI KITA

    ReplyDelete
  3. Disebalik musibah ada hikmah.Buat masa ini adalah lebih baik hadkan berada di luar rumah sekiranya tiada hal yang betul-betul menuntut berada di luar rumah.

    ReplyDelete
  4. Malaysia jalani Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

    ReplyDelete
  5. TKSH MR HANAFI YA BETUL TU LANGKAH PENDEK XNGAPA ASAL UMUR PANJANG

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala usaha agar wabak ini dpt dibentras sepenuhnya.. aamiin

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”