Tuesday, 18 February 2020

TAFSIR SURAH YASIN 55-60 dan 62-7 0

ASSALAMUALAIKUM
PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 36: YASIIN. AYAT: 62 - 70.


"Ayat 62: Allah SWT memberi tahu, syaitan menyesatkan sebahagian besar manusia melalui bisikan2." Aku menyambung tafsir.
"Allah telah beri peringatan, tetapi manusia degil, tidak mahu berfikir. Dalam 1,000 orang manusia hanya seorang sahaja yang masuk syurga. 999 orang lagi masuk neraka."
Berkerut dahi anak2 dan menantu2ku.
"Semoga kita termasuk seorang yang masuk syurga daripada 1,000 orang itu." Amiru berdoa. Kami mengaminkan doanya.
"Ayat 63 hingga 65: HUKUMAN ORANG2 YANG INGKAR."
"Ayat 63: Ditunjukkan kepada orang2 yang berdosa - keadaan neraka jahanam. Sewaktu di dunia dahulu telah diberi peringatan kepada mereka."
"Ayat 64: Mereka dicampakkan ke dalam neraka. Dibakar dalam api neraka yang sangat panas."
"Ya Allah, takutnya..." Kak Nah, kakak iparku bersuara.
Kak Nah, sering datang ke rumahku setiap malam Jumaat. Untuk sama2 menyertai majlis ilmu ini. Dia akan bermalam di rumah kami.
"Ayat 65: Para pendosa ini tidak mengakui perbuatan jahat mereka. Maka Allah SWT kunci mulut2 mereka. Anggota2 badan mereka yang bercakap, menjadi saksi dosa2 yang mereka lakukan."
"Contohnya, kaki mereka bercakap, memberitahu pergi ke tempat maksiat. Tangan membenarkan kata2 kaki."
"Mata, telinga dan kulit2 para pendosa semuanya boleh bercakap. Memberitahu dosa2 yang dilakukan oleh tuan mereka."
Melihat mereka diam, aku menyambung tafsir.
"Ayat 66 hingga 68: ANCAMAN DUNIA."
"Ayat 66: Jika Allah SWT kehendaki, dibutakan mata hati orang2 yang degil. Mereka tidak dapat melihat petunjuk dan hidayah, jalan yang benar."
"Ayat 67: Jika Allah SWT kehendaki, DIA boleh ubah fizikal manusia yang degil. Sebagaimana pada zaman Nabi Daud as, manusia menjadi kera."
"Sebab apa Ma?" Tanya Anum.
"Allah SWT melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka membuat tipu helah, dengan memasang pukat pada hari Jumaat."
"Pada hari Sabtu, banyak ikan masuk ke dalam pukat tersebut. Kemudian mereka angkat pukat dan ambil ikan2 itu pada hari Ahad."
"Mereka beranggap dapat tipu Allah! Lalu Allah, tunjukkan kekuasaan-NYA tukar mereka menjadi kera."
"Ada lagi ke keturunan kera tu, Ma?" Azya pula yang bertanya.
"Tak ada." Jawabku.
"Kera2 itu hanya hidup tiga hari sahaja."
"Ayat 68 pula: Jika Allah kehendaki, manusia yang hidup umur panjang akan kembali seperti kanak2."
"Orang2 tua kena pakai pampers, makan minum disuap. Ada yang pelupa (nyanyuk), macam budak2 balik. Betul tak?" Aku melontar tanya.
"Betul..." Afya menjawab. Yang lain hanya mengangguk.
"Ayat 68: Allah SWT, menafikan tuduhan2 Musyrikin Mekah bahawa Nabi Muhammad saw bersyair."
"Allah SWT menegaskan ayat2 al Quran bukan syair, bukan rekaan Nabi. Ia adalah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah, melalui malaikat Jibril."
"Menyeru manusia mentauhidkan Allah. Sembah dan minta tolong hanya kepada Allah sahaja."
"Ayat 70: Tugas Nabi Muhammad saw mentablighkan wahyu kepada manusia. Hidayah itu milik Allah kepada sesiapa yang DIA kehendaki."
"Baginda memberi tahu peringatan daripada Allah SWT, sesiapa yang syirik akan diazab."
Majlis ilmu diakhiri dengan tasbih Kaffarah.
Zainuddin, suami Azya melaungkan azan dan qamat. Solat Isyak keluarga besar kami, pada malam itu diimami oleh Amiru, anak kelimaku.
PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 55 - 60
"Amiru pimpin bacaan." Aku mengarahkan Amiru.
"Baik Ma...."
Selesai Amiru memimpin bacaan Yasiin keluarga kami. Aku memulakan tafsir.
"Ayat 55: BERITA GEMBIRA. Nikmat dalam syurga kepada orang2 yang Allah SWT beri hidayah. Sewaktu di dunia, mereka tinggalkan keseronokan, maka Allah SWT akan balas di syurga. Keseronokan seperti pergi bercuti selama2nya."
"Ayat 56: Ahli2 syurga bersama pasangan masing2. Jika suami beramal soleh, isteripun beramal soleh mereka sama2 di syurga. Duduk2 , berehat di singgahsana."
"Kalau salah seorang sahaja masuk syurga, macam mana?" Tanya Azya.
"Allah SWT beri pasangan yang lebih baik, di syurga."
"Begitu juga yang tidak berkahwin ketika di dunia. Jika beramal soleh, Allah SWT beri pasangannya di syurga."
"Setiap pasangan bersama merasai nikmat cinta, kasih sayang dan seks."
"Ayat 57 pula: Penghuni2 syurga juga boleh makan buah2an yang diinginkan tanpa ikut musim."
"Minta strawberi boleh?" Azya bertanya lagi.
"Boleh jer Azi...!" Norhajar isteri Amiru yang sedang meriba kembar, tolong memberi jawapan.
"Hi..hi..ya boleh, ikut keinginan. Terus dapat petik buah2an itu. Suasana nyaman dan aman diteduhi pohon2 yang besar."
"Ayat 58: Ahli2 syurga mendapat nikmat yang paling besar. Iaitu Allah SWT mengucapkan salam kepada mereka. Selamat sejahtera... Selamat sejahtera..."
"Penghuni2 syurga mendongak ke atas. Kagum melihat wajah Allah yang tidak dapat digambarkan indahnya."
"Boleh lihat Allah?" Afya pula melontar tanya.
Aku segera menjawab; "Dalam sebuah hadis sohih. Aisyah, isteri Nabi bertanya; Ya Rasulullah... Manusia begitu ramai daripada zaman Nabi Adam hingga kiamat. Bolehkah semua dapat lihat wajah Allah SWT?"
"Nabi jawab; Boleh.
Seperti kita lihat bulan. Seluruh dunia dapat lihat."
"Semoga kita semua dapat nikmat terbesar ini..."
"Aamiin...." Anak2 dan menantu2 mengaminkan doaku. Doa dalam majlis ilmu, Allah SWT makbulkan. Insya Aallah.
"Wajah Allah macam bulan ke?" Tanya Anum.
"Anak2ku...wajah Allah SWT, bukan seperti bulan. Sebagai anologi atau bandingan sahaja.
Semua ahli syurga dapat lihat wajah Allah tanpa perlu berebut2... Seperti kita melihat bulan." Aku menjelaskan.
"Berdoalah supaya kita semua masuk Firdaus dan dapat lihat wajah Allah SWT."
"Ayat 59: MERUPAKAN ANCAMAN AKHIRAT: Orang2 yang sebenar2 mukmin dipisahkan daripada orang2 yang berdosa."
"Ayat 60: Allah SWT tidak zalim. DIA telah beri peringatan dalam al Quran ini. Disampaikan kepada Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril."
"Perintah Allah SWT. Jangan ikut bisikan2 syaitan. Jangan buat amalan2 yang bercanggah dengan Quran dan Sunnah."
"Ayat 61: Allah SWT juga telah memberi peringatan supaya mentauhidkan DIA sahaja. Sembah hanya Allah. Minta tolong hanya kepada Allah sahaja."
Give Feedback



10 comments:

  1. Thanks for sharing kak PI. Indahnya syurga dan betapa neraka itu menakutkan. Semoga Allah rahmati dan kasihani kita.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..takut sebenarnya..ke mana la tempat istirehat yang paling akhir.

    ReplyDelete
  3. TKSH SAL SYURGA PENUH NIKMAT MOHON ALLAH HINDARKAN SIKSA NERAKA

    ReplyDelete
  4. Subhanallah walhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini kak PI.

    ReplyDelete
  5. AMIIN TKSH DIK KK MOGA BERMANFAAT

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”