Wednesday, 12 February 2020

KATOK

ASSALAMUALAIKUM

KATOK
Ketika di sekolah rendah dahulu, cikgu Kamarudin merupakan guru kelasku. Beliau berasal dari Kelantan. Seorang guru yang mengajar menggunakan Bahasa Melayu standard untuk memudahkan kami murid-muridnya memahaminya.
            Tiba-tiba keadaan kelas yang tenang bertukar menjadi riuh-rendah. Murid-murid perempuan yang ketakutan berdiri di atas kerusi seakan hendak mengelak sesuatu. Dan murid-murid lelaki bersedia dengan kayu pembaris.
            “Kenapa kamu semua ni?” Tanya cikgu Kamarudin kehairanan melihat gelagat murid-muridnya.
            “Tikus besar cikgu!” jawab ketua darjah.
            “Hah! Katok! Katok!” Aku dan ketua darjah kebingungan. Tika itu aku penolong ketua darjah.
“Bukan katak cikgu, tikuih!” balasku dalam lorat utara.
“Haa… pukul! Pukul!” cikgu Kamarudin tersengih memandang kami murid-muridnya.
Barulah kami tahu ‘katok’ tu maksudnya pukul dalam lorat Kelantan heh..heh..dan matilah tikus itu dikatok murid-murid lelaki yang patuh arahan cikgunya.

CCERITA CERITI HEH..HEH..

13 comments:

  1. ada beberapa perkataan lagi yg asa erti dgn pukul..behhe,tae,piat,godam..

    ReplyDelete
  2. ahahahha... tengah panik cikgu pun lupa guna bahasa melayu standard ye kak...

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. kami kat kedah pun sebut katok jugak untuk pukul :D

    ReplyDelete
  4. Oh! katok tu bahasa kelantan ke.
    Mrs. A biasa juga dengar orang cakap nak kena katok ni so tahulah katok tu maknanya pukul

    ReplyDelete
  5. TKSH KHAM YA LORAT NEGERI NI PELBAGAI WALAU MAKSUDNYA SAMA

    ReplyDelete
  6. TKSH DANA HEH..HEH..YELA XDAPAT DAH NK KONTROL

    ReplyDelete
  7. TKSH UMI NAZRAH YALA TAPI ORANG KEDAH SEBUT KATOK KASAR SEKETOI TAPI LORAT KELANTAN SEBUTANNYA LEMBUT KATOK BUNYI KATAK HEH..HEH..

    ReplyDelete
  8. TKSH WP YA TAU JUGA SELUAR KATOK SELUAR PENDEK

    ReplyDelete
  9. TKSH MRSA..SAKIT TU KENA KATOK HEH...HEH..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Sis Paridah, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  11. WSALAM TKSH IBU SYURGA NANTI KAK CUBA

    ReplyDelete
  12. hahaha. Dialek berbeza ni selalu menimbulkan salah faham. Teringat dulu zaman belajar selalu pening dengan roomate orang utara cakap dia segan, sampai kata dia malu tak bertempat. Rupanya segan dia tu maksudnya malas. Adeh

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”