Friday, 10 January 2020

ASSYURA 3

ASSALAMUALAIKUM



SAMBUNGAN TAFSIR SURAH 42 ASY SYURA (Mesyuarat): Ayat 19 - 26.
"Ayat 19 - Allah menjelaskan minta tolong hanya kepada DIA sahaja. Berdoa hanya kepada DIA sahaja. Mengapa kita berdoa dan minta tolong hanya kepada Allah sahaja?" Aku memulai tafsir dengan pertanyaan.
Setelah kami selesai membaca al Quran yang dipimpin oleh Puan Maimun.
"Sebab Allah Maha Kuasa.." Puan Rahana memberi jawapan.
"Siapa yang beri kita sihat dan hidayah, dapat hadir dalam majlis ilmu ini?" Aku bertanya lagi.
"Allah...!" Beberapa suara menjawab pertanyaanku.
Aku terus bertanya, "Siapa yang beri kita rezeki, ilmu dan lain-lain nikmat yang banyak ini?"
"Allah...!" Mereka menjawab dengan yakin.
"Ya, betul. Oleh itu kita kena sembah Allah sahaja. Minta tolong hanya kepada Allah sahaja."
"Ayat 20 pula, merupakan dorongan kepada kita, beramal untuk mendapat balasan di akhirat." Aku menyambung tafsir.
"Amalan kita dengan ikhlas pasti dapat pahala berganda-ganda hingga 10 kali ganda atau 500 kali ganda. Allah beri kebaikan di dunia dan akhirat."
"Kalau amalan untuk dunia sahaja, Allah beri untuk dunia sahaja. Tiada bahagian untuk akhirat. Contoh orang kafir menderma, Allah tambah rezekinya. Tetapi tiada pahalanya di akhirat."
"Ayat 21. Amalan dan hukum agama hanya boleh dilakukan oleh Allah SWT sahaja. Menambah perkara baru dalam agama, contoh bertawassul adalah syirik."
"Azab untuk orang-orang yang syirik Allah tangguhkan akan diazab di akhirat."
'Ayat 22. ANCAMAN AKHIRAT: orang -orang zalim takut ketika melihat azab. Zalim maksudnya syirik. Diazab di mana?"
"Neraka...!" Mereka menjawab dengan mengerutkan dahi.
"Semoga kita semua dijauhkan daripada azab neraka."
"BERITA GEMBIRA - untuk orang-orang yang beramal soleh. Balasannya taman -taman syurga."
"Oleh itu kita kena beramal Soleh. Soleh bermaksud semua amalan yang kita lakukan ada dalil daripada Quran dan hadis sohih. Semoga kita semua bertemu di Firdaus."
"Aamiin...!" Doaku diaminkan. Dan Aku yakin doa kami turut diaminkan oleh para malaikat.
"Ayat 23, Allah menyuruh Nabi Muhammad memberitahu, baginda mengajar agama Islam tanpa meminta upah. Menyampaikan dakwah dengan kasih sayang kepada kaum kerabat. Supaya umatnya rapat kepada Allah dan sentiasa mohon keampunan kepada Allah."
"Ayat 24, Rungutan Allah: Musyrikin Mekah tuduh Nabi Muhammad saw berdusta. Sebelum baginda membawa ajaran tauhid, mereka memberi gelaran AL AMIN. Gelaran terbaik kepada Rasulullah. Tetapi apabila baginda sampaikan tauhid..TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH. Mereka tak mahu menerima kerana sombong. Mereka marah hingga mahu membunuh baginda. Lalu Allah SWT perintahkan Rasullullah keluar dari Mekah berhijrah ke Madinah."

5 comments:

  1. waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian ni, kak :)

    ReplyDelete
  2. Syukran Kak PI..walaupun santai tapi berkesan..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini kak PI. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
  4. Aside from an excellent product or service or service that your company has to offer, it is equally important to learn how to sell this product or service or service to other people. Find out who was born on any day in any month in history via our calendar of famous birthdays. Includes famous, historical, noteworthy and Celebrity birthdays.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”