Friday, 18 October 2019

DILEMA HAK

ASSALAMUALAIKUM



DILEMA HAK

Hak dipertahankan wajib
Bahasa Melayu di puncak budaya nusa
Hak diri meraih bahagia di tanah pusaka
hak diri berselesa sentosa pewaris watan
hak diri mencipta gemilang jaya di negara tercinta
hak diri melaksana impian kebersamaan warga
hak diri menyisir kemelut bergelut mahu
hak diri hindari ribut gejolak gejala ranah
hak damai suasana
hak walafiat sejahtera.
Mampukah diperjuangkan hak diri itu?
sedangkan hak diri semakin dinafi.
terlalu pentingkan diri
demi keutamaan ditentukan
harmoni situasi begitu begini.
Terabailah hak wajar sebenar
Polemik kusut kejap tersimpul
boholnya sukar dirungkai
Toleransi membiarkan hak diri
terhakis perlahan.
Senyum tawar di bibir
merias wajah berbongkol rasa
ralat kejengkelan
dilema.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
2/06/019


13 comments:

  1. menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya

    ReplyDelete
  2. TKSH TATIE..INSYAA ALLAH TULIS2 SAJA

    ReplyDelete
  3. TKSH WP YA HAK KITA MESTI DIPERTAHANKAN

    ReplyDelete
  4. TKSH DP SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

    ReplyDelete
  5. ya..hak yang perlu dipertahankan sampai bila-bila..

    hak untuk memarbatkan bangsa dan agama di tanahair tumpah darah

    ReplyDelete
  6. TKSH MRHANAFI YA HAK N TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PEMILIK TANAH PUSAKA

    ReplyDelete
  7. Apa kabar PI
    masak apa hujung2 minggu mcm ni..

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULILLAH...TKSH KHAM KAKK DH LAMA PENCEN MASAK..ANAK YG MASAK

    ReplyDelete
  9. Kita perlu lebih berusaha dan bersaing dgn lebih kuat agar membuktikan kepimpinan melalui tauladan dlm menuntut hak sekarang ini.. kita perlu buktikan dan akan buktikan yang kita bangsa pemimpin. Ia memang hak kita.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”