Wednesday, 4 September 2019

SENDA GURAUAN...

ASSALAMUALAIKUM

PANTUN JENAKA



Dikarau renda pantas teliti,
menjumlah bongkah merenyut lengai;
bergurau senda di atas titi,
tersalah langkah hanyut di sungai.

Jalan ke paya dingin di taman
berikan dia cawan di pentas; 
kenalan maya ingin berteman,
sakan bergaya jutawan kertas.

Gelugur serah asingkan jenis,
jauhi lurut resam yang langka;
anggur yang merah harapkan manis,
dahi berkerut masam mencuka



Lupa serawan jala berlubang,
ditimpa handuk disua palpa;
terjumpa kawan mula bersembang,
rupa pelanduk dua serupa.



Sarung berkembang kemaskan dada,
kancing ditanda sebelum sumbing;
burung yang terbang dipipiskan lada
kucing bercanda tersenyum kambing.



Laju menyeret lajak mendaki,
membelah nyatuh gempa menduga;
baju meleret terpijak kaki,
sudahlah jatuh ditimpa tangga,


Tampi menyentuh talam persegi,
pala diedar sebuah batil; 
mimpi  terjatuh dalam perigi,
kala tersedar di bawah katil.

Hendak mengandam salam terbongkok,
seri menjadi wajah dipuji;
badak berendam  di dalam mangkok,
puteri mandi,di bawah sajii.

.
Lajak  meramu ceruk perigi,
pilau di lata diberi sanya
mengajak tamu menyorok pagi,
melilau mata cari tempatnya.


Kecil kasturi bubuh sekaya,
dirasa pijar karipap kari;
Kancil  berlari di lebuh raya,
Angsa mengejar dihempap Nuri..


Kelana diri jejaki Siam,
mendaki puri walang laksana;
ke sana sini berkaki ayam,
kaki sendirii hilang di mana?


Pengat ditilik ketara kerang,,
diisi bayam melahu sangsi;
tersangat pelik selera orang,
“nasi ayam” pun mahu dikongsi.


Bukan kenari ajar koala,
menunduk gosok tawang selari
sakan berlari mengejar bola,
tertanduk masuk gawang sendiri.



Sela bertih dimayang-mayang,
nangka disayur imam menunggu;
kain yang putih melayang-layang,
sangka langsuyur demam seminggu.


Ungka terawang lemah di peran
lesi bertempur lotong dan beruk;
leka membawang di rumah jiran,
nasi di dapur rentung periuk.


Kala menyiram bulang dan cempa,,
terlelap duduk menelah ,mimpi;
gula dan garam balang serupa,
tersilap ceduk masinlah kopi.



20 comments:

  1. Adoi.. bestnya baca pantun kak PI ini..

    ReplyDelete
  2. tersenyum sendiri baca pantun akak..hihi..

    badak berendam, puteri mandi..sedapnya..

    ReplyDelete
  3. Baca pun dah berpantun kat opis ni kak..heheh

    ReplyDelete
  4. wahhh best semua... mmg gaya moden sbb ada tang membawang tu heheheh

    ReplyDelete
  5. Itulah kesian ayam nasi nya dimakan orang hehehe...

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum..kembali mengetuk pintu maya, terhibur bait bicara..

    ReplyDelete
  7. Buku himpunan sajak dah lam Etuza terima..Ya Allah baiknya sahabat blog Pn. Paridah..hanya Allah mampu membalas jasa..

    ReplyDelete
  8. hehe baca sambil tersenyum2.. pandai berpantun ye kak.

    ReplyDelete
  9. TKSH NOHAS HEH..HEH..PANTUN JENAKA KENA MASUKAN UNSUR LUCU

    ReplyDelete
  10. TKSH ATIE WAH TERPENGARUH JUGA YA..BAGUS PUISI TRADISI KITA JGN DILUPAKAN

    ReplyDelete
  11. TKSH DANA..PANTUN JENAKA PUN IKUT SITUASI SEMASA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  12. TKSH MRSA..HEH..HEH..HAK AYAM PUN NAK AMBIL

    ReplyDelete
  13. TKSH AZ COM..BACA SAMBIL TERSENYUM YA..MAKNANYA BOLEH JUGA KAK BERJENAKA DLM PANTUN

    ReplyDelete
  14. senda gurauan itulah yang sentiasa di ingatan

    ReplyDelete
  15. TKSH NADHIE YA BEGITULAH SELALUNYA

    ReplyDelete
  16. Tinggi bahasa dan halus maksud pantun2 ni.. terima kasih atas perkongsian ilmiah ini kak PI.

    ReplyDelete
  17. TKSH DIK KK BERPANTUN SUKA2 HEH..HEH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”