Saturday, 7 September 2019

JEREBU

ASSALAMUALAIKUM

JEREBU MELANDA LAGI



Kala jerebu melanda alam sekitar, tidak kelihatan lagi  awan putih bergumpal bagai lukisan indah di langit biru. Matahari walau tetap menerangi siang hari tapi bentuknya tidak ketara kerana jerebu melindunginya. PI mula menyaksikan jerebu berlaku di kampung PI pada 1994. Menurut ustaz yang mengajar agama di surau kampung Penulis; jerebu adalah petanda sesuatu masalah buruk terpaksa dihadapi.
            Ustaz menerangkannya dengan mentafsir ayat Al-Quraan surah Dukhaan “Dan Kami tidaklah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan sia-sia” yang membawa maksud jerebu yang berlaku akibat kezaliman tangan manusia membakar hutan akan membawa kemusnahan yang tidak sedikit. Mereka yang berada dalam alam sekitar yang berjerebu akan mengalami pelbagai masalah kesihatan. Terutama golongan kanak-kanak dan orang tua yang alahan kepada unsur debu halus.
            Selain itu sekiranya keadaan jerebu yang lama berterusan akan menyebabkan aktiviti yang merangsang pertumbuhan ekonomi tidak dapat dilakukan dengan baik. Ramai yang berkurung di rumah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada jerebu dan menanggung akibat menghidu udara tercemar.  
            Negara mula dilanda jerebu pada 1960 disebabkan pembakaran hutan untuk membuka tanah pertanian. Kejadian itu berulang dengan lebih teruk pada 1990, 1991, 1994, 1997, 2005, 2006, 2013, 2015. Jerebu yang berlaku tahun 90-an hingga 2015 lantaran sering berlaku pembakaran hutan di negara jiran yang giat membuka tanah pertanian. Asap tebal yang mengandungi pelbagai zarah halus dibawa angin sehingga menyelubungi ruang udara Malaysia.
            Petanda kiriman Allah untuk hamba-Nya agar berfikir mencari solusinya dengan bijak. Lagi pun dunia ini sudah terlalu tua dan sedang menuju hari akhir usianya.  
:

8 comments:

  1. Musim panas dan terik sekarang biasanya akan disertai olej jerebu.
    harap2 cepatlah hujan mendatang

    ReplyDelete
  2. TKSH WP YA CUACA PANAS KERING BERJEREBULAH KITA

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, hujan lebat petang tadi..semoga cuaca bertambah baik..

    ReplyDelete
  4. AMIIN YA PANAS PUN XTERASA SANGAT TKSH NOHAS

    ReplyDelete
  5. Teringat berita hutan amazon yang terbakar tu. Semoga jerebu yang melanda di negara kita sekarang, semakin hilang. Kesan jerebu terhadap kesihatan memang membahayakan.

    ReplyDelete
  6. TKSH FAARIHIN JEREBU AMAT MEMUDARATKAN KESIHATAN KITA

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada rasa kurang sihat disebabkan jerebu ni. Tekak rasa tak selesa. Semoga jerebu cepat reda.. aamiin.

    ReplyDelete
  8. TKSH DIK KK MOGA SEGERA SIHAT SEDIAKALA N CUACA KEMBALI BIASA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”