Monday, 12 August 2019

Maruah ibu kampung naik disebabkan buku

ASSALAMUALAIKUM

Kenapa saya gila-gila mahu membangunkan penulis?
Sungguh, jika buku dalam tangan ditangani dengan betul, kuasa pada naskhah fizikal dapat digunakan sebaik mungkin.
Antara kuasa dalam diam sebuah buku.
1. Ketika saya menjadi pembantu stesyen minyak, majikan tak jadi marah-marah hanya disebabkan buku yang saya bawa ketika bekerja. Para pekerja lain dimarah-marah sahaja.
2. Buku memberikan saya minit-minit penting bertemu Perdana Menteri untuk bercakap. Buku Risalah Malaysia Membaca terbitan Jejak Tarbiah yang mengandungi tulisan saya memberi ruang kami berinteraksi.
3. Buku menjadi pemudah cara saya memasuki Jabatan Perdana Menteri melalui beberapa aktiviti perbukuan di dalam bangunan di Putrajaya ini.
4. Buku yang saya tulis menaikkan maruah dan kebanggaan seorang ibu yang hanya bersekolah darjah empat dan duduk di kampung. Orang melihat ibu menggunakan pandangan mata yang berbeza hanya disebabkan anak-anaknya ada yang menulis buku. Cara mereka mendengar dan intonasi pun boleh berubah.
5. Buku membuka peluang saya bercakap di hadapan komuniti berbahasa Melayu yang berada di beberapa buah negara disebabkan autoriti pada buku.
Adakah ia akan melakukan perkara yang sama kepada penulis buku lain?
Kuasanya ada, situasi berbeza.
Saya teringatkan para alumni seperti puan Kay Bee, puan Az Lokman. Bagaimana buku meruntuhkan segala macam dinding dan mereka dapat bercakap dengan pemain industri. Kiriman foto mereka bersama vip memang bikin saya teruja betul!
Perspektif dakwah dan jariah juga sudah diulang sebut oleh penulis-penulis sebelum ini. Ia sudah dipahat dalam fikiran kita.
Hamka pernah menyebut perihal keseimbangan antara mencari rezeki dan keredaan Tuhan itu datang seiring dalam kerja-kerja seperti ini.
Apabila saya bercakap mengenai menulis buku pertama, saya bercakap menggunakan nada yang paling bertenaga dengan melihat bentuk masa hadapan yang akan dilalui oleh penulisnya.
Keterujaan menunggu 8 Ogos ini semakin meninggi.
Saya keluar sejuk-sejuk di luar dewan selepas kelas di Nami Island, Seoul, South Korea untuk ambil sebegitu banyak 'take' bagi menjawab soalan-soalan penulis baharu agar dapat ditonton ulang dan ditonton buat.
Siap akhirnya set nota dan 29 siri video premium menulis buku umum pertama yang dirakam di Korea Selatan. 
Esok, 8/8/2019 akan dilancarkan.RM80 untuk 100 orang pertama sebelum ia naik sehingga harga asal RM290.
Semak emel pada pagi 8/8/2019 untuk mendapatkan akses.
Jambatan kuasa dibina senyap-senyap melalui buku.
Jambatan yang mendekatkan kita kepada yang jauh.
Jambatan yang menyegerakan perbualan dan jambatan yang mengubah status hidup seseorang.
Tulis buku pertama. Belajar dari rumah berkali-kali sehingga lentur pena itu.
쓰기 (sseugi) menulis
작가 (jagga) penulis
책 (chaeg) buku

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

2 comments:

  1. Untungnya orang yang ada bakat menulis

    ReplyDelete
  2. TKSH WP SESIAPA YG BOLEH MEMBACA N MENULIS BERBAKATLH TU

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”