Friday, 3 May 2019

BARANG SIAPA GEMAR..

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


 GURINDAM BARANG SIAPA GEMAR

Barang siapa gemar berkebun,
rezeki melimpah pohon merimbun

Barang siapa gemar berdikari,
segala kerja laku sendiri.

Barang siapa gemar berusrah,
keputusan dicapai sirna amarah.

 Barang siapa gemar bernyanyi,
 meriah hidup tidaklah sunyi.

Barang siapa gemar berpura,
wajah sebenar pasti ketara.

 Barang siapa gemar masak-memasak,
 jamu selera tidaklah sesak.

 Barang siapa gemar bertoleransi,
rezeki Allah saling berkongsi.

Barang siapa gemar berkarya,
ilham dicerna semampu daya.

Barang siapa gemar melukis,
seni lukisan tidak terhakis.

Barang siapa gemar berceritera,
riwayat lama melipur lara.

Barang siapa gemar saran pandangan,
sedia hadapi sokongan tentangan

Barang siapa gemar bersiasah,
putus bicara tidak meresah.

 Barang siapa gemar kerja bertangguh,
apa dibuat tidak bersungguh.

 Barang siapa gemar bergurindam,
 puisi tradisi tidak terpadam.

Barang siapa gemar bersukaria,
akhirnya hidup tidak ceria.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
3/05/019

14 comments:

  1. Salam Jumaat, kak..

    Barang siapa gemar bersedekah
    Lapang rezekinya dijanji Allah

    ReplyDelete
  2. Barang siapa gemar mengumpat
    Kelak dimahsyar muflis merempat

    Barang siapa gemar menjalin ukhuwah
    Dunia akhirat bahagia serta mewah

    Salam Jumaat indah Kak PI.

    ReplyDelete
  3. sedap nya baca tulisan PI nih...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya gurindam! Moga terus terpelihara puisi Melalyu tradisional ini.

    ReplyDelete
  5. TKSH NOHAS ALHAMDULILLAH BAIK GURINDAMNYA

    ReplyDelete
  6. TKSH PC XBAIK MNGUMPAT HEH..HEH..

    ReplyDelete
  7. TKSH AMIE SESEKALI BERGURINDAM

    ReplyDelete
  8. Barang siapa gemar membawang
    Kelak hidupnya dirundung malang

    ReplyDelete
  9. Ringkas tapi mudah difahami.. susunan kata yg menarik :)

    ReplyDelete
  10. TKSH EJULTZ PUISI GURINDAM RINGKAS SAJA N MUDAH DIFAHAMI

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”