Thursday, 21 March 2019

MENDUNG ALAM SASTERA...

ASSALAMUALAIKUM...


1.     Terharu dan sedih sungguh pabila PI mendapat khabar bahawa suami kepada penulis CT NURZA telah mendahului langkahnya ke alam abadi….langsung tidak menyangka samasekali sebab baru-baru ini CT NURZA dan suaminya berkunjung ke rumah anak PI tolong  menghantarkan antologi syair TUK SUJI BILANG yang turut PI sertai. Kedua-duanya berusaha menyampaikan amanah titipan sdr ROSLAN MADUN sehingga arah yang dituju tersesat jauh dari Kelang sampai ke Semenyih…kasihan  Ct dan suaminya. Tampak mereka ini pasangan yang sangat  bahagia sihat walafiat. Janji Allah tiada siapa yang tahu. Serangan jantung hanyalah asbab kepada  hakikat kejadian. Hanya doa yang mampu PI iringkan semoga Allahyarham Nazri  berada di sisi-Nya di kalangan para solehin  kecintaan-Nya…moga sahabat PI tabah dengan dugaan-Nya walau terasa sangat berat kehilangan yang tercinta.



2.    Bunda Anie Din penulis dan penerbit buku  di Singapura tiba di KL membawa bagasi yang sarat dengan buku kemana saja beliau berpergian. Kebetulan beliau akan hadiri beberapa acara sastera termasuk pelancaran buku PANTUN EMPAT RANGKAP TUN KREATIF…tiba-tiba saja kesihatannya terganggu. Beliau jatuh sakit kerana serangan jantung…Allah

 yang Maha Penyembuh hamba-Mu ini memohon Kau sembuhkanlah Bunda Anie sihat sejahtera sediakala..amiin ya Rabb





BUNDA ANIE DIN PALING KANAN DAN CT NURZA PALING KIRI

10 comments:

  1. TKSH NADHI...AMIIN..INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  2. Takziah utk Bunda CT Nurza..semoga roh al-marhum suaminya ditempatkan dikalangan para solehin..

    semoga Bunda Anie diberi kesembuhan..syafakillah..

    ReplyDelete
  3. TKSH NOHAS AMIIN ALLAH MENDENGAR DOA IKHLAS KITA

    ReplyDelete
  4. Takziah..semoga kita tabah harungi kehidupan ini.Kematian itu pasti

    ReplyDelete
  5. TKSH CIKGU ETUZA YA PERLU HADAPINYA DGN REDA

    ReplyDelete
  6. Salam takziah.. Al Fatihah buat yg telah pergi, dan semoga diberi kesembuhan segera bagi yg menghadapi ujian kesihatannya.. aamiin ya Rabbalalaamiin.

    ReplyDelete
  7. AMIIN..TKSH DIK KK MOGA2 INSYAA ALLAH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”