Friday, 4 January 2019

BERFIKIR..

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



BERFIKIR ITU

Berfikir adalah ibadah kerana kita memanfaatkan akal ciptaan darinya

 Jadilah orang orang yang selalu berfikir dan beriman dengan doa yang bermaksud:

Ya Tuhan kami
Tiadalah Engkau ciptakan semua ini secara sia sia
Kerana engkau Maha Suci dari segala sesuatu yang bersifat sia sia dan tiada faaedah.

Semua ciptaan Mu adalah hak yang mengandungi faedah dan menunjukkan hikmah serta kekuasaan.


Maksudnya…
Seorang Mukmin yang berfikir, setelah berfikir, merenung dan meneliti
Mereka selanjutnya mengadap kepada Tuhan dan memanjatkan doa dengan bersungguh sungguh dan merendahkan diri yakin akn hikmah Nya di dalam penciptaan segla makhluk.

 Maka bermohonlah agar diberikan taufik untuk menjalankan amal solih dan dijauhi dari segala bentuk keburukan .
Orang orang yang beramal baik akan dihapuskan kesalahan mereka sehingga masuklah mereka ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai sungai indah dan mereka kekal di dalamnya

Allah SWT memberi mereka pahala sebagai balasan amal solih yang di kerjakan kerana hanya di sisi Allah SWT balasan pahala yang baik , yaitu Syurga.

Ayat ayat di surah Ali Imran 190-195 mengajarkan manusia befikir dengan akal sihat. Manusia harus memikirkan tentang kerja kerja Allah SWT yang sentiasa memberikan nikmatNya

Meski hanya sebatas ‘kun fayakun’ semuanya terjadi kita harus merenung bahawa itu mudah buatNya tapi tidak mudah kita sebagai penerima nikmat yang selalu lalai. Lalai untuk bersyukur meski sudah berulang kali di ingatkan supaya kita banyak bersyukur




USTAZAH SITI NURBAYA USMAN

14 comments:

  1. semoga kita semua dalam redha & rahmat Allah...

    ReplyDelete
  2. Moga akal yang Allah SWT pinjamkan kita manfaatkan sebaiknya.

    ReplyDelete
  3. TKSH UMIPIA...INSYAA ALLAH MUDAH2AN

    ReplyDelete
  4. TKSH PC PATUT KITA MANFAATKAN GEMALA MINDA SEBAIKNYA

    ReplyDelete
  5. InshaAllah ada ada maknanya berfikir tu ..Tinggal hadiah Puan Paridah lum saya poskan..
    terjatuh borang dekat laman petang tadi..hanya borang alamat blogger Jari manis ada dalam ..sampai di rumah..alamak di depan rumah borang tu..mujur tak diterbangkan angin..

    ReplyDelete
  6. Berfikir yang baik2,mudah2an mendapat keredaan Allah

    ReplyDelete
  7. TKSH CIKGU INGAT SGT TU NK SENT KAK HADIAH LAMBAT PUN TAK NGAPA

    ReplyDelete
  8. TKSH WP YA RAJIN2LAH BERFIKIR DEMI KEBAIKAN

    ReplyDelete
  9. syukran..malas berfikir buat otak jd lesu..

    ReplyDelete
  10. TKSH NOHAS TERLALU KUAT BRFIKIR LETIH JUGA TAPI MMG PERLU AKTIF BERFIKIR

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian utk peringatan dan renungan bersama ini.

    ReplyDelete
  12. Semoga kita semua memanfaatkan otak yang dikurniakan Allah

    ReplyDelete
  13. beza manusia dgn haiwan / makhluk lain adalah ada akal utk berfikir. namun seringkali berfikir itu diletakkan di kepala lutut...

    ReplyDelete
  14. fikir benda yang baik2 saja insyallah =)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”