Wednesday, 28 November 2018

TADDABUR ARD DHARIYAT

aASSALAMUALAIKUM


CORETAN PAK ENGKU
Andai masih tersisa waktu dan atas izinnya dipanjangkan umurku, akan kutitipkan warkah buat kalian untuk mencari jalan yang lurus dan benar. Jalan yang DIA redhai Insya-Allah.
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN)
Surah 51 - Adh-Dhariyat (Angin Yang Menerbangkan) ayat 56 hingga 60 - QS 52 : 56 hingga 60)
Ayat 56. Firman Allah yang berbunyi:
(“Wamaa khalaqtul jinnawal ‘insa naillaa liya’kbudun”)
Ertinya:
[Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.]
56. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah ciptakan kita bukan untuk sesiapa melainkan adalah untuk DIA semata-mata. Sesungguhnya keseluruhan hidup kita adalah untuk Allah. Segala amal ibadah kita adalah untuk Allah. Semua rezeki yang kita dapat atau perolehi adalah untuk Allah. Apa juga harta yang ada pada diri kita adalah untuk Allah. Kita hanyalah pemegang amanahnya sahaja. Janganlah kita perasan dan bermegah bahawa semuanya itu kita yang punya. Semuanya itu Allah boleh ambil kembali pada bila-bila masa sahaja yang DIA kehendaki. Oleh yang demikian, sebelum Allah mengambil semuanya kembali, maka di atas segala amal dan kerja buat yang kita lakukan, lakukanlah hanya untuk Allah semata-mata. Janganlah kita tunggu sampai kita sudah binasa dan kita tidak punya keupayaan lagi, kerana ditarik kembali oleh Allah, baru kita hendak beramal dan beribadah. Hendaklah kita bersedekah dan melakukan imfak pada ketika kita masih lagi mempunyai atau memiliki kurnia rezeki Allah. Janganlah kita menunggu sehingga kita sudah menjadi miskin, setelah kekayaan kita ditarik oleh Allah, baru kita hendak bersedekah dan mengeluarkan imfak. Kiranya itu yang berlaku maka masaya sudah terlewat. Tanamkanlah betul-betul keyakinan di hati kita bahawa tidak ada satu pun yang ada pada diri kita ini adalah milik kita. Bulatkanlah keyakinan bahawa semuanya itu adalah hak milik dan untuk Allah semata-mata.
Ayat 57. Firman Allah yang berbunyi:
(“Maa ‘uriiduminhum mirrizqin wamaaa ‘urii du’aiyudh’imun)
Ertinya:
[Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.]
57. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa jika kita yakin bahawa yang pemunya dan pengurnia rezeki itu adalah Allah, maka apa juga wang ringgit yang kita sedekah dan imfakkan di jalan Allah itu sudah pasti akan bertambah. Tetapi jika kita meyangka dan yakin bahawa rezeki itu milik kita iaitu hasil usaha kerja keras kita, maka wang ringgit dan harta yang kita sedekah dan imfakkan itu pasti akan menjadi makin berkurangan. Oleh itu peringatkanlah diri kita bahawa jika kita masih lagi merasakan bahawa rezeki yang kita dapat itu adalah milik kita, maka sudah pasti akan sampai masanya kelak wang ringgit dan harta kekayaan kita itu akan habis atau binasa akhirnya.
Ayat 58. Firman Allah yang berbunyi:
(‘Innallah hahuwar razzaa quzuul quwatilmatin”)
Ertinya:
[Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.]
58. Ayat ini menerangkan kepada kita, jika kita yakin bahawa sesuatu rezeki yang sampai kepada kita atau yang kita dapati itu hak milik Allah, maka jika datang utusanNya, iaitu seseorang meminta sedekah dan bantuan janganlah kita berdalih tidak mahu menolong atau membantunya. Sematkanlah terus di hati kita bahawa pasti ada hikmah di sebalik kedatangan utusan Allah itu..Dalam erti kata lain, mungkin tujuan kedatangan utusan Allah untuk meminta bantuan dan sedekah itu sebenarnya Allah hendak menambahkan rezeki kita. Bukan tujuan Allah hendak mengurangkannya.
Ayat 59. Firman Allah yang berbunyi:
(“Fa’innalillazii nazalamuu zanuubam mislazanuu bi’ashaabihim falaayasta’k jiluun”)
Ertinya:
[(Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.]
59. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa kedatangan rezeki ini ada dua martabat. Jika rezeki yang datang pada kita itu kita imfak dan sedekahkan, maka diketika itu rezeki itu adalah nikmat buat diri kita. Dan bererti kita menjadi orang yang bersyukur. Namun sebaliknya, jika rezeki yang sampai kepada kita itu, kita tahan dalam perkara imfak dan bersedakah, maka pada ketika itu rezeki itu merupakan azab bagi kita. Maka sudah pasti akan sampai masanya Allah akan menahan rezeki yang sampai kepada kita. Apa yang ada pada kita pula akan pupus dan habis semuanya. Oleh sebab itu berhati-hatilah kita dalam bab rezeki ini. Dalamhal berkaitan juga mana-mana rezeki yang telah kita sedekah dan imfakkan jangan pula diungkit-ungkit. Jika ini berlaku maka ia akan menjadi penyebab bagi kepupusan harta dan wang ringgit kita.
Ayat 60. Firman Allah yang berbunyi:
(Fawailullazii nakafaruu minyau mihimullazii yu’aduun”)
Ertinya:
[Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.]
60. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa barang siapa yang kufur di atas nikmat rezeki Allah iaitu orang-orang yang menahan dirinya dari memberi imfak atau bersedekah maka akan sampai masanya mereka akan ditimpa kecelakaan dan kebinasaan. Ini termasuklah juga orang-orang yang mengungkit-ungkit akan pemberian sedekah atau imfaknya. Kecelakaan dan kebinasaan itu adalah dalam bentuk kepupusan harta bena dan wang ringgit akan zahir di hadapan mata kita. Pada masa itu nanti janganlah pula kita berdalih dan berhelah mengatakan bahawa kecelakaan dan kebinasaan itu adalah atas takdir. Jika perniagaan musnah janganlah kita berdalih dengan berkata ianya disebabkan oleh kegawatan ekonomi atau ditipu orang dan berbagai alasan lagi. Ketahuilah bahawa sesungguhnya pada ketika itu semua yang berlaku adalah berpunca dari kemurkaan Allah dan hendak membinasakan kita kerana menahan hakNya.
Tammatul Kalam

15 comments:

  1. Alhamdulillah
    Kita ambil pengajaran2 dari ayat2 tersebut.

    ReplyDelete
  2. Asalam..terima kasih memberi ingatan dalam kray di blog..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semoga perkongsian akak PI memberi ilmu buat semua.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, perkongsian yang berguna.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kakPI, terima kasih atas peringatan yang amat penting ini 🤲

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam K.PI good sharing.

    ReplyDelete
  7. Peringatan yg baik buat renungan kita semua. Terima kasih atas perkongsian ini kak PI

    ReplyDelete
  8. WSALAM CIKGU ETUZA MUDAHAN MNMBAH ILMU KITA

    ReplyDelete
  9. TKSH ZUMAL INSYAA ALLAH JADIKN AMALAN

    ReplyDelete
  10. TKSH WAN SYAHIDA INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  11. TKSH SUERIN MOGA DIJADIKAN ILMU AMALAN

    ReplyDelete
  12. TKSH DK KK SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  13. teringat ayat ni:

    لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

    ...seandainya kau bersyukur, maka Aku akan tambah (nikmat), tapi kau kau kufur, sesungguhnya azab Ku amat pedih.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”